aku seorang punk !

23 1 3
                                    

c3
              Petang itu sangat damai,damai sangat. Di padang terlihat kelibat golongan muda dan tua sedang bermain bola tampar ada juga yang sedang bermain sepak takraw. Tapi ada juga yang memilih duduk di tepi padang sambil isap rokok dan menyaksikan gelagat masyarakat bersukan di atas padang kepunyaan     Majlis Bandaraya. Ali memilih untuk duduk bertenang di tepi padang.

             Tiba tiba Faris atau dikenali sebagai Adikcik,Adikcik adalah jiran Ali,Ali mengenali Adikcik sejak kecil lg,dari tidak berbulu sampailah sudah berbulu dan Ali pun berbulu melihat Adikcik yang semakin tinggi macam galah."babi betol la Zulghafar ni,main mcm celaka,mat pulun"ujar Adikcik dengan penuh marah dan kesal dengan perbuatan Pak Cik Zulghafar. Pakcik Zulghafar indah nama dari rupa, Pak cik Zulfhafar merupakan seorang pengerusi JKKK di perumahan Ali. Ali mendengar pelbagai cerita mengenainya. Antaranya adalah kes korupsi bola sepak, kes gila kuasa dan sebagainya.Tapi kes Pakcil Zulghafar yang Ali paling ingat ialah kes pakai baju sukan seminggu tidak berbasuh.Bayangkanlah baju buat bersukan dipakai setiap hari selama seminggu?memang pergilah bau beliau. Pakcik Zulghafar mungkin terikut budaya asrama mungkin.Mungkin isteri beliau terlalu sibuk sampai tidak sempat membasuh baju sukan beliau. Dari fizikal beliau yang bermisai dan berambut botak di tengah tidak mustahil beliau berperangai sebegitu.Belum lagi bercerita tentang isu meletakkan nama surau di perumah Ali,ceritanya begini Ajk surau ingin membuat "rebrand" pada nama surau mereka.Pakcik Zulghafar dengan bersahaja menyuarakan pendapat dengan meletakkan nama surau itu denga nama Surau Al-Zulghafar,terus pengerusi surau dan Ajk lain sebulat suara untuk mengekalkan nama lama surau itu iaitu Surau Al-Muhajirin.Penduduk perumah Ali lebih selesa dengan nama 'Al-Muhajirin' daripada 'Al-Zulghafar'.

            Ali menghulurkan sebatang rokok D&J yang dibeli di kedai indon seberang. Adikcik terus menyalakan rokok dan menyambung ketidakpuasan hati beliau terhadap Pakcik Zulghafar."x pe nnti hang g baling mercun bola kat umah die malam kang,stok Sopi ade skit lagi tu",jawab Ali yang ingin membantu sahabatnya untuk misi membalas dendam terhadap Pakcik Zulghafar Maha Firaun."sempoi gak tu,ak dah lame panas ngan botak celake tu".Tambah Adikcik lagi. "x pe,nnti klu hang nak mercun bola,hang g mintak sopi,aku nak g umah Usup sat".Ali memulas kunci moto kriss bapa nya,dan dihidupkan enjin."ok nnti malam skit ak mai umah di,klu rajin la"balas Adikcik.Ali pun berlalu meninggalkan Adikcik yang masih lagi menghisap rokok D&J.

       Setibanya Ali di rumah Usup,Usup dan abangnya Deris sedang menyedut tembakau hijau dengan menggunakan sistem bong.Sistem bong adalah cara lain untuk menghisap tembakau hijau yang menggabungkan beberapa elemen iaitu air,api dan bumi,erotis bukan? ya, ia sangat erotis dan berseni.Hanya si pencinta sahaja yang mengenal manikam, itulah yang dapat digambarkan seni yang sungguh erotis itu.

aku seorang punkWhere stories live. Discover now