Sharifah Damia Aqeela melepas keluhan kecil selepas mendengar permintaan Puan Kamilia. Kepalanya ligat memikirkan ayat yang sesuai untuk dikatakan pada Puan Kamilia pada masa ini.
Puan Sarimah memegang lembut tangannya. Damia hanya memandang kosong. Matanya menatap dua wanita dihadapannya.
"Aunty, Mia harap apa yang Mia cakap ni tak melukakan hati aunty ya?" Kata Damia sambil memerhati Puan Kamilia.
Puan Kamilia menarik senyuman serta merta. "Tak apa Mia, Mia cakap je aunty tak kisah. Cuma ye lah aunty berkenan sangat dengan Mia. Aunty mintak maaf kalau terburu buru sangat macam ni. Aunty tak paksa Mia untuk terima anak aunty tapi aunty lagi seronok kalau Mia lah yang jadi menantu aunty."
Usai sahaja mendengar Puan Kamilia bercakap, Damia terus dihurung beribu perasaan. Damia mengetapkan bibirnya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa celaru hatinya pada masa itu.
"Nanti Mia fikirkan dulu ye? Eh! Jomlah makan dulu Mia dah lapar ni. Hehe." Damia terus mencapai makanan yang tersedia di atas meja sambil tersenyum simpul. Yang penting selamat dari soalan Aunty Kamilia!
Puan Sarimah hanya tersenyum memandang anaknya. Kepalanya digeleng sedikit. Geram jugakla dengan perangai anaknya. Pantang ada makanan di depan mata, otaknya hanya mampu fokus pada makanan sahaha.
Puan Kamilia tergelak melihat gelagat Damia yang teruja melihat makanan dihadapanya. Terus dia memandang sahabatnya di sebelah. "Macam kau la Imah. Sebijik! Tak berubah. Hahaha."
"Ish kau ni itu dulu. Sekarang aku dah lain. Hehe." Balas Puan Sarimah.
Damia yang baru hendak menyuap makanan ke dalam mulut tergelak mendengar satu lagi perangai mama ketika zaman muda-mudi dahulu.
Mereka bertiga sambung berborak seperti biasa. Sesekali ruangan restoran tersebut gamat dengan tawa mereka bertiga. Banyak perkara yang dibualkan namun jauh di sudut hati Puan Kamilia dia sangat berharap Damia mahu menerima permintaannya tadi. Sesungguhnya hatinya sangat terpikat dengan Damia.

YOU ARE READING
I'll Never Let You Go
RomanceSharifah Damia Aqeela, seorang gadis daripada keluarga yang sederhana mempunyai watak yang amat rendah diri dan ceria. Tengku Rayyan Hafiz seorang lelaki muda yang berkerjaya adalah seoarang lelaki yang amat mementingkan kepuasan di dunia dan kekay...