BAB 2

985 17 0
                                    

Setibanya di kampusnya Damia bersalaman pula dengan alongnya kemudian bergegas keluar daripada kereta kemudian menuju ke kafe.

Sedang dia tengah beratur untuk membeli air dia terasa seperti bahunya di tepuk dari belakang.

"You! Kata ada kelas? Ni baru pukul 10.30." Ujar Damia sambil melihat jam di tangan. Amir di sebelah hanya tersenyum melihat reaksi Damia. Comel!

"Dah habislah. Ni I saja je datang sini sebab I nampak you tadi dekat blok bilik kuliah tadi. You datang tengok I tak petang nanti? I ada friendly dengan UiTM." Balas Amir. Amir adalah salah seorang pemain ragbi bagi kampus mereka.

Damia menggeleng. "I ada kerja la nak buat dengan Damia. Sorry I tak dapat nak tengok you petang ni. Tapi takpe you tahu kan I selalu sokong you even jauh macam mana sekalipun?" Balas Damia sambil mengenyitkan matanya. Senyuman yang paling manis diberinya.

Setibanya giliran Damia, dia memesan Iced Latte kegemarannya. Damia seorang yang tidak gemarkan kopi namun tetapi ada peristiwa yang membuatkan dia jatuh cinta dengan kopi.

DAMIA terkocoh-kocoh berlari sambil melihat jam ditangan. Dia sudah lambat untuk pulang ke rumah. Dia pasti mamanya sudah sedia menunggunya di rumah untuk keluar mencari bahan masakan memandangkan kawan baiknya Puan Kamilia akan datang pada malam ini.

"Ei masak aku macamni kalau mama marah. Ei ni semua Encik Arif lah. Tiba tiba je nak membebel. Kata nak suruh submit report je. Ei! Tak suka lah jadi macam ni." Omel Damia. Setibanya di keretanya Damia ternampak ada satu susuk tubuh menyandar di keretanya seperti menanti kehadiran seseorang.

Apabila Damia berdiri di sebelah keretanya kelihatan lelaki tersebut masih lagi tidak menyedari kehadirannya. Damia berdehem untuk menyedarkan lelaki tersebut akan kehadirannya di situ.

"Saya mintak maaf ye tapi awak tunggu siapa ye?" Tanya Damia dengan sopan. Damia tidak puas memerhati lelaki dihadapannya kini.

Wajahnya tidaklah setampan mana. Dari susuk tubuhnya Damia sudah dapat mengagak yang lelaki ini aktif bersukan namun dia tidak dapat meneka sukan apa. Kulitnya yang tanned sudah tentu dapat menggugatkan hati si dara.

Senyuman nipis dilemparkan kepada Damia. Ya Allah handsomenya! Ada lesung pipit la. My type! Damia bermonolog sendirian di dalam hati. Hatinya berdegup bagaikan tiada hari esok. Haihla hati janganlah laju sangat buat kerja, relaks!

"Saya tunggu owner kereta ni. Awak ke owner kereta ni? Saya nak keluar tapi tak boleh. Awak block kereta saya. Do you mind?" Ujar lelaki tersebut.

"Oh! Sorry my bad! Saya pun double park sebab ingat sekejap je tadi. Tak tahu pulak lecturer saya nak membebel panjang tadi. Sorry again!" Balas Damia. Dengan pantas dia masuk kedalam kereta menghidupkan enjin dan kemudian memberi laluan kepada lelaki tersebut untuk menggeluarkan keretanya.

Usai sahaja lelaki itu mengeluarkan kereta, lelaki tersebut mengenyitkan matanya pada Damia. Damia tersenyum malu. Terasa mukanya membahang. Dadanya dipegang. Terasa benar debaran di dadanya.

Untuk seketika dia terfikir. Adakah ini yang dikatakan cinta pandang pertama?

Sudah seminggu berlalu daripada peristiwa double park haritu. Ada jugak  Damia cuba untuk mencari gerangan lelaki yang dijumpainya namun semuanya gagal. Sudah penat dia mencari di perpustakaan, kafe, dia padang bola namun kelibat lelaki tersebut masih lagi tidak kelihatan.

Ellissa yang perasan muka Damia menjeruk itu disikunya lengan kawannya itu. Apabila Damia memandang ke arahnya dia mengangkat keningnya.

"Takde apa lah. Aku cuma letih sikit lately ni. Tak cukup tidur. Bila lah nak habis semester ni. Penatlah nak ke sana ke sini siapkan assignment yang banyak ni." Rungut Damia. Buku di hadapannya dikemaskan memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.

"Relaks la. Tak lama lagi nak habislah semester ni. Alah kau pun aku rasa boleh je kalau nak berhenti. Bapak kau ada company sendiri dah. Kenapa eh kau susahkan diri kau?" Balas Ellissa seraya menanyakan soalan kepada Damia. Damia sudah menunjukkan muka bosannya. Malas hendak menjawab pertanyaan Ellissa.

Soalan Ellissa dibiarkan begitu sahaja. Hari ini mereka menyiapkan semua kerja yang diberikan oleh pensyarah mereka di sebuah pondok yang terletak berdekatan dengan perpustakaan. Kata Ellissa dekat dengan tempat letak kenderaan.

Seketika kemudian sebiji bas milik universiti mereka berhenti tidak jauh dari pondok yang mereka duduk.

Satu persatu penumpang turun daripada bas tersebut. Damia masih lagi memandang kosong. Tulisan Team Rugby tertera di belakang baju sejuk yang dipakai mereka.

Telefon Damia berdering menandakan ada panggilan masuk. Namun apabila melihat nama yang tertera Damia hanya memerhati sahaja. Malas hendak menjawab. Entah kenapa seminggu ini dia terasa seperti moodnya melayang-layang. Penangan cinta pandang pertama!

"Weh Mia kau ingat tak lelaki hot yang aku cerita haritu?" Tanya Ellissa. Damia terus memalingkan wajahnya melihat Ellissa yang teruja di sebelahnya.

"Haah. Kenapa?" Ellissa menunjukkan ke satu arah. Damia terpempam seketika. Hatinya yang sudah seminggu tidak berdegup kencang kini menjalankan tugasnya kembali.

Sedang Damia memerhati tingkah laku lelaki tersebut Damia terperasan yang mata mereka bertembung sesama sendiri. Damia terus menundukkan wajahnya. Pipinya yang terasa membahang dipegang. Ah kenapa pulak aku ni?

Seketika kemudian Damia mengangkat kembali wajahnya. Lelaki yang dilihatnya tadi sedang mengatur langkah mendekati pondok yang mereka sedang duduk. Ellissa di sebelah sudah bagaikan cacing kepanasan. Teruja barang kali.

Beg yang disandangnya diletakkan di hadapan Damia. Lelaki tersebut tanpa bertanya melabuhkan duduk di hadapan Damia.

"Saya Amir." Pendek namun cukup menambahkan debaran yang dirasakan di dada.

"Saya Ellissa! Ini kawan baik saya, Damia!" Sampuk Ellissa. Damia mencerlungkan matanya memandang Ellissa disebelahnya.

Amir hanya gelak kecil melihat responku. Ellissa pula tersengih sumbing.

"Sorry kawan saya ni usually don't tell her name to stranger. But since you're well known in this campus why not I tell her name right? Dia ni pemalu sikit. She never talk to guys." Sambung Ellissa panjang lebar menceritakan tentang Damia.

Tangan Damia laju sahaja mencubit lengan Ellissa di sebelah. 'Ya Allah dia ni! Malu lah aku!' Jerit Damia di dalam hati.

Amir melepaskan gelaknya yang ditahan. 'Comelnya dia blushing!' Ujar Amir di dalam hati. Pen dan kertas dihadapannya di ambil kemudia dia mencatatkan sesuatu. Usai sahaja menulis dia terus menyerahkan kepada Damia.

Amir mempamitkan diri kemudian beransur hilang di celah kereta yang diparkir di kawasan letak kenderaan.

0135789437
Amir Danial

Damia terus menyimpan kertas tersebut di dalam poket seluarnya. Damia cepat cepat mengemas buku buku yang bersepah kemudian mempamitkan diri untuk pulang ke rumah. Nak mengelak dari kena soal katakan! Hehe...

Sejak Damia diberikan nombor telefon Amir, mereka sering berbalas mesej. Bukan itu sahaja Damia juga sekarang mengisi masanya dengan melihat Amir bermain ragbi di padang.

Hubungan mereka akhirnya dapat dihidu oleh beberapa pelajar kelas Damia terutamanya Ellissa kerana Damia sering menerima satu tin air Latte serta sekeping nota yang dikirimkan oleh AD.

I'll Never Let You GoWhere stories live. Discover now