Damia tersedar dari tidurnya apabila dia terdengar telefonnya berbunyi. Dengan malas tangannya mencari telefonnya yang memekik di kelilingnya.
Ellissa
Butang jawab ditolaknya pada skrin telefonnya untuk menjawab. Dengan malas dia membalas panggilan tersebut.
"Mia! Kau mesti tak bangun lagi kan? Takpe meh aku sampaikan berita gembira! Harini class cancel hehehe." Damia yang separuh sedar itu terus bangun terduduk. Hatinya melonjak keriangan. Ya Allah! Tak payah nak hadap muka Madam Alia yang bengis itu harini.
"Kau serius la El! Weh! Seronoknya! Aku dah naik muak dah tiap kali masuk kelas dia je ada je benda yang dia tak puas hati. Finally!" Balas Damia dengan teruja. Namun perasaan terujanya mati apabila dia terdengar puntianak mengilai di tepi telinganya.
"Hahahahahahaha. Apa kau ingat dia nak lepaskan kita macam tu je ke harini? Mia, kalau dah Madam Alia tu dia tetap Madam Alia. Takkan berubah! Dia ada bagi task khas untuk harini tapi dia cakap untuk kita dua ada special task. Kau baca lah dulu whatsapp Madam. Nanti bila kau dah fikir kau roger aku hahahaha aku nak sambung tidur." Ellissa cepat cepat menamatkan panggilan tersebut
"El ni bencilah! Suka hati dia je letak macam tu je." Omel Damia. Rambutnya yang dibiarkan terurai disanggulkan. Telefonnya kemudian diambil kemudian laju sahaja tangannya membuka group whatsapp bagi subjek English.
Selepas usai membaca Damia merengus geram. Geram dengan pensyarahnya yang berterusan cari pasal!
Damia bingkas bangun kemudian mengemas tempat tidurnya.
Madam Alia
Dear students, i am so sorry because i am late to inform this matter. Today class will be cancel due to my emergency leave. I will not be around at campus until this weekendAll of you will given a task. It is grouping but not more that two person per group! All of you need to make an essay based on topics given. Damia and Ellissa, both of you will get another task. I will personally send the task to both of you. Please submit the task by next week on Monday. Thank you and Happy Holiday!
Sakit hati! Itu saja yang Damia rasakan sekarang. Apabila Damia selesai membaca task yang diberikan oleh Madam Alia itu hatinya bertambah sakit.
Malas melayan sakit hati Damia terus bangun ingin bersiap untuk berjumpa dengan Encik Zulhilman di kampusnya seperti yang di arahkan oleh Madam Alia.
Damia
Bangun lah El! Aku nak gerak pukul 11 sampai pukul 12 maybe. Jumpa sana bye. Bawak laptop okay.Selesai saja memberi pesanan kepada Ellissa, Damia terus mengenakan pakaian yang dipilih. Sedang dia kusyuk bersolek di hadapan cermin telefonnya berbunyi.
Amir ❤
Morning! Sorry sayang I bersiap tadi. I ada kelas ganti harini. Habis kelas I call you okay? Bye. Take care. I love you!Damia tersenyum sipul melihat pesanan yang baru masuk. Iya, Amir adalah buah hatinya yang berjaya menambat hatinya. Siapa sangka hatinya yang dulu yang lebih keras daripada tembok batu berjaya dipecahkan oleh lelaki yang bernama Amir Danial.
Usai sahaja bersiap, Damia terus mengambil beg yang disediakannya kemudian menutup segala suis yang terbuka.
Di ruangan makan, papa, mama dan alongnya sudah sedia menjamah sarapan pagi yang disediakan. Damia mengambil tempat di sebelah alongnya. Laju saja tangannya mencedok nasi goreng ikan masin kegemarannya.
"Mama, Mia tak sure lagi balik pukul berapa harini tau sebab Mia kena siapkan assignment dulu sebelum jumaat ni." Damia memecahkan kesunyian di ruang tamu tersebut.
Kalau mahu diceritakan situasi di meja makan tersebut sudah tentulah seperti dalam novel sebelum ini. Papa baca surat khabar. Mama pula hanya menjamah makanan. Along? Tak habis habis dengan telefonnya.
"Along hantar Mia harini ye? Along pun tak sure balik pukul berapa tapi kalau Mia siap awal along ambik Mia pastu balik terus la kalau macam tu." Balas along sambil tersengih.
"Tahu dah! Nak mengelat lah tu kan? Kenapa pulak? Girlfriend kalini terlebih mengada ke?" Usik Damia. Mencerlung mata along selepas mendengar usikan Damia.
Damia sudah masak dengan perangai alongnya. Siapa saja yang tidak mahu dengan Syed Darwish Haiqal? Orangnya tinggi lampai, berbadan tegap, wajahnya yang kacak itu lagi menarik minat si gadis yang melihatnya. Hanya Damia dan Syed Ashraf Kushairi sahaja yang tahu berapa ramai perempuan yang along ada. Kalau nak dibilang dengan jari tu nasib baik tak lebih dari sepuluh hehe.
"Yelah boleh je kalau along nak hantarkan. Eh! Angah mana mama? Tak nampak pulak batang hidung dia." Ujar Damia.
"Ashraf busy katanya harini. Dia cakap nak masuk office awal sebab ada kerja yang nak diselesaikan harini." Balas mama.
Damia hanya mengangguk membalas kata kata Puan Sarimah. Jam ditangan dipandang sekilas. 9.21 a.m. Lewat dah. Patutlah angah dah hilang.
Keluarga Damia tidaklah sekaya yang disangka. Syed Ahmiruddin iaitu papa Damia membuka syarikat sendiri yang menyediakan servis merekabentuk dalaman bagi rumah. Mama hanya menjadi seorang suri rumah yang berjaya. Dulu mama bekerja tetapi sejak mama pernah disahkan menghidapi kanser ovari, papa terus melarang mama untuk bekerja. Namun Alhamdulillah, dengan izin Allah mama kini sudah sembuh dari kanser ovari.
Syed Darwish Haiqal? Anak sulung yang keras kepala. Umur dah 31 tahun namun masih lagi single and available. Mama dah naik jemu memesan untuk mencari calon isteri secepat mungkin. Katanya dia ingin fokus dengan pekerjaannya dahulu. Along bekerja dengan papa sebagai salah sorang interior designer. Tak dinafikan setiap design yang dihasilkan oleh along sangat sangat cantik!
Angah pula seorang yang tidak banyak cakap. Dari dulu lagi dia banyak menghabiskan masanya dengan belajar. Tapi dah kerja ni lagi sibuk jadinya memandangkan dia sekarang adalah seorang jurutera.
"Eh Mia jom! Pukul 9.45 dahni." Ujar along mematikan lamunan Damia.
Damia cepat cepat mengemas tempat makannya kemudian dia bersalaman dengan papa dan mamanya kemudian mempamitkan diri.

YOU ARE READING
I'll Never Let You Go
RomanceSharifah Damia Aqeela, seorang gadis daripada keluarga yang sederhana mempunyai watak yang amat rendah diri dan ceria. Tengku Rayyan Hafiz seorang lelaki muda yang berkerjaya adalah seoarang lelaki yang amat mementingkan kepuasan di dunia dan kekay...