HanifWal ; 3 Ogos 2012
Dideklamasikan Sempena Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Peringkat Sekolah 2014 ;
Johan.
446 tahun kita berdukacita
Tatkala dijajah penjajah durjana
Ekonomi sahaja yang dikejar
Dan kerana mereka juga
Melayu terpaksa terseksa
Terima kasih Tuanku
Kerana jasa dan pengorbananmu
Kami dapat hirup udara nyaman kemerdekaan
Kami dapat takrif erti kehidupan
Tiada lagi penjajah
Tiada lagi penindas
Laungan keramat Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Menggegar seantero dunia
31 Ogos tanggal keramat penuh bermakna
Dan kini ,
Puluhan tahun meniti masa
Puluhan tahun jua kita mengekalkan azimat ini
Sudah bertukar pemimpin ; silih berganti
Mengepalai tampuk pimpinan Malaysia
Penuh dedikasi dan jayanya
1Malaysia menjadi mercu transformasi
Pelengkap visi kudrat Janji Ditepati
YOU ARE READING
Cakar Ayam
Poetry10 puisi awal aku ; jangan kecam. Gabungan buah fikir aku masih lagi tak puitis ; baru berjinak dalam seni menulis. Kata luah seorang pelajar ; masa tu aku ingat lagi hati masih berbolak balik - emosi tak stabil. Jari mula mencakar kata ; dengan tul...