IDEA ASAL ; Ameerul Muqri
DIGUBAH OLEH ; HanifWal
15-4-2014 ; Selasa ; 1.00pm
Penantian selama ini sudah berakhir
Hati ini sudah tidak keruan
Akan kukecapi harapan yang kudambakan ;
Akan kugarap kejayaan yang kuimpikan ;
Akan kuhirup kemanisan kejayaan setelah penat berusaha ;
Kelak.
Satu per satu nama handaiku diseru
Aku tetap menunggu penuh debaran
Bibirku tak lekang berdoa
Mulutku terkumat kamit melafazkan kalimah suci
Namun ;
Apakan daya namaku langsung tak diseru
Hati sudah mula resah
Akal pula sudah menjangka yang bukan bukan
Aku seolah tak tentu hala :
Diulit keresahan dan kesedihan tanpa iringan lagu
Apa boleh buat ;
Aku tabahkan hati
Aku cekalkan kaki
Aku gagahkan jua tulang empat kerat aku untuk menerima hakikat
Degupan jantung seolah ingin berhenti
Denyutan nadi seolah ingin berehat
Genangan air mata pula yang laju berlumba lumba ditarik graviti bumi ;
Tak mampu aku tahan ;
Segala mimpi indah seolah lenyap begitu sahaja
Ekor mataku sayup mengekori wajah muram bondaku ; hatinya suram
Aku tahu – aku cuba untuk gagahkan hati
Tapi aku tak mampi ; air mata ini terus mengalir
Hampa dek aku gagal untuk hadiahkan kejayaan buat bonda ;
Maaf bonda
Bilamana aku bersama insan berjaya ; aku tersenyum sinis
Cuba untuk aku elakkan tangisan aku ini ;
Aku terdetik – aku turut ingin bersama kalian megah di pentas akademik
Namun apakan daya ; aku tahu rancanganNya juayang menarik – aku cuba ikhlaskan hati
YOU ARE READING
Cakar Ayam
Puisi10 puisi awal aku ; jangan kecam. Gabungan buah fikir aku masih lagi tak puitis ; baru berjinak dalam seni menulis. Kata luah seorang pelajar ; masa tu aku ingat lagi hati masih berbolak balik - emosi tak stabil. Jari mula mencakar kata ; dengan tul...