Upside Down

19 1 0
                                    


Aku tak pernah sangka selama aku hidup, akhirnya aku kecundang. Sesuatu yang tak pernah terjangkau di fikiran. Ya, aku akhirnya kecundang.

Kecudang dengan segala perbuatan membelakangi Tuhan, membelakangi keluarga. Tiada siapa tahu, betapa hanyut nya aku. Ibu dan ayah? Mereka tak pernah tahu. Jujur, hubungan aku dan ibu ayah tak seperti keluarga yang lain. Senang untuk meluah masalah, senang untuk bermanja kasih. Setiap masalah, segala apa yang aku tempuh, aku pendam. Ayah selalu sibuk urusan kerja. Hanya pagi sebelum turun kerja sahaja mampu untuk menatap wajah satu-satunya ayah aku itu. Ibu? Seorang yang workaholic , tegas dan bercakap bila perlu sahaja. Mungkin dengan aku sahaja, layanan diberikan sebegitu rupa, atau mungkin aku yang tidak pernah cuba untuk mendekati dan cuba untuk bermanja dengan mereka.

Walaupun ibu ku seorang yang tegas dan bukan sejenis ibu yang lembut dan penuh sifat keibuan, namun aku tahu, ketegasan itu yang membentuk aku sekarang. Namun, maafkan aku ibu, didepan kamu, aku berdusta. Aku tahu aku anak yang baik, namun tak lah sebaik yang aku patut banggakan. Rutin harian, mengemas rumah, jarang keluar rumah, itu sudah cukup untuk membuatkan ibu dan ayah untuk tidak risau. Cukup untuk mengaburi mata mereka. Jahatnya aku.

Namun, disebalik semua itu, aku juga sebenarnya liar. Cuma mereka yang tidak tahu. Aku terjerumus dalam cinta, akhirnya mengundang padah. Pada mulanya niat untuk mencari cinta, mengakui diri sudah makin berusia, melihat setiap minggu rakan-rakan mengakhiri zaman bujang, namun aku masih terkapai-kapai mencari cinta. Mungkin cara aku salah, dan dengan itu membawa aku jauh dari landasan sebenar.

Siapa tak nak merasa hidup berkeluarga? Sungguh itu yang aku inginkan. Aku bukan sejenis wanita yang bertukar-tukar pasangan. Aku setia menunggu sebelas tahun, namun akhirnya tak berbalas apa. Menyesal? Semestinya. Kebodohan mengatasi kewarasan akal.

Dek kerana cinta, selama sebelas tahun bersama Syaqil, aku bermandikan kotoran zina. Lucunya, pengakhiran cerita, aku dilabel hanya sebagai teman untuk diranjang semata. Sakit untuk menerima kata-kata kesat, setelah bertahun lama aku menghabiskan waktu bersama, dengan harapan akhirnya Syaqil melamar aku. Semua itu hanya angan-angan kosong. Aku tertawa dengan kebodohan sendiri. Cinta? Jangan pernah mengaku cinta jika berlandaskan nafsu semata.

Hubungan aku dengan Syaqil tidak pernah tenteram, on and off. Ada satu masa, hampir setahun tidak bertegur sapa tambahan lagi hubungan kami jarak jauh. Sekiranya semester break, waktu itulah akan aku gunakan sebaik mungkin untuk berjumpa, bermanja dengannya. Namun , bagi Syaqil pertemuan tanpa memuaskan nafsunya, adalah sesuatu yang tidak lengkap baginya.

Setelah bertahun lama aku dengannya, aku mula bosan. Ya, aku sayang Syaqil. Sayang yang tak terungkap dengan kata-kata. Sejahat mana pun dia, sedingin mana pun dia, aku masih sayang. Aku sedar, kadang-kadang aku rasa dipermainkan. Namun, aku tetap cuba untuk berfikiran positif. Mungkin Syaqil akan berubah. Aku cuba berubah. Aku berikan buku-buku agama,namun akhirnya dibakar. I don't even know, hati Syaqil cukup keras. Pernah diungkapnya "i will never change, Afiqah. You have to know that, i won't".

Tapi, aku tak akan mengalah. Biar kita sama berubah, walau payah. Namun, akhirnya aku ditinggalkan mentah-mentah. Rasa hati seperti dirobek-robek bilamana Syaqil meninggalkan aku sewaktu aku masih disahkan mengandung, mengandung anak luar nikah. Selama aku bersama dengan Syaqil, tak pernah satu pun yang terlepas, entah bagaimana untuk kali ini, akhirnya aku mengandung.

Saat aku mengatakan aku mengandungkan anaknya, hati disakiti. Katanya "i'm not ready, please do something, an abortion please. We're not ready Afiqah and you know that we're not going to get married". Well, kata-kata itu aku telan, walaupun pahit. Abortion? Do i have to do this? Allahu, i'm completely lost.

KurniaWhere stories live. Discover now