Tahun 2002
Di sebuah bilik ofis, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 45 tahun keatas duduk di kerusinya manakala seorang anak muda berdiri menghadapnya. Radio di atas meja hadapannya dihidupkan, mereka mendengar pesanan oleh ketua polis negara yang dibuat di stesen radio...
"Kepada semua ibu bapa di Malaysia, saya mohon agar semua menjaga anak-anak yang kecil dengan lebih berhati-hati. Sekarang ini banyak kes penculikan kanak-kanak di negara ini mahupun di luar negara. Baru-baru ini anak pensyarah di universiti luar negara telah hilang tanpa dikesan. Polis di sana masih lagi menjalankan operasi mereka mencari kanak-kanak itu. Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, kita tak boleh ambil ringan, kejadian ini juga boleh di negara kita. Oleh itu, saya mohon sangat-sangat agar ibu bapa menjaga anak mereka daripada berlakunya perkara yang tak diingini."
Lalu lelaki tua itu matikan radio tersebut dan mula bercakap....
"Di negara kita, anak kepada pensyarah terkenal di USM dah hilang beberapa minggu lepas. Polis masih lagi mencari, masih tak jumpa lagi. Kita kena bertindak sekarang."
"Betul tu ayah." Balas lelaki yang berdiri di depannya.
Lelaki tua itu terus berdehem apabila mendengar perkataan "ayah".
"Maaf, maksud saya Jeneral." Lelaki itu cepat-cepat minta maaf.
Lelaki tua itu menggelengkan kepalanya lalu sambung berkata...
"Jadi, dah jumpa dua orang itu? Bila boleh bawa mereka ke sini?"
"Kemungkinan esok, saya dah minta tolong kawan saya untuk buat kerja ini." Balasnya.
"Baiklah, jadi ibu macam mana?" Lelaki tua itu mengubah topik.
Lalu mereka berdua terus berbual kosong...
※※※※※
Di UM, seorang lelaki sedang beristirehat di tengah-tengah universiti, menikmati pemandangan terakhir sebelum melangkah keluar dari tempat itu dan mulakan hidup baru. Di sebatang pokok, lelaki itu sedang duduk dibawah pokok itu.
Yang sebenarnya lelaki itu adalah aku, nama aku Tora. Aku sudah pun menamatkan pengajian aku di sini. Tak lama lagi aku akan bekerja sebagai seorang guru. Ya, memang menjadi guru impian aku. Walaupun orang ramai cakap guru ni gaji sikitlah, jadi guru susah buat zaman sekarang ni, namun aku tak kisah. Disebabkan pesanan ibuku yang terakhir, aku telah berubah dan tekad menjadi guru.
Aku sedang menunggu si dia, katanya nak datang lagi lima minit, ni dah 15 minit ni. Aku pun menutup mata aku, nak tidur, penat menunggu.
Beberapa minit kemudian, datang seorang insan dari belakang pokok. Dia datang secara senyap-senyap, tak nak kejutkan aku. Dia menghampiri aku, dia duduk di tepi aku. Lalu dia terus menjerit...
"Selamat pagi cikgu!!"
Aku terus tersedar dari mimpi aku lalu terus merapu...
"Selamat pagi ya murid-murid, kamu semua boleh duduk. Eh...."
Aku sedar yang aku tengah mengigau, lalu aku memandang tajam tepat pada dia yang sedang ketawakan aku.
"Apalah awak ni, sampai termimpi-mimpi jadi cikgu." Katanya sambil gelakan aku.
"Hish.... Serena ni kacau jelah." Balasku. Di pula masih ketawa lagi.
Si dia yang aku maksudkan itu ialah Serena. Aku kenal dia sejak sekolah dan bersama-sama belajar di sini sejak lima tahun lepas.
YOU ARE READING
Quantum : The Origin [Hold On]
RandomCerita sampingan daripada Quantum. Dua pelajar genius berkerjasama dengan team SDNT dalam menyelesaikan kes penculikan anak orang genius bersama-sama dengan bantuan sesuatu yang misteri.