"Mama papa bila nak balik?"
Tanya seorang kanak-kanak lelaki kepada ibubapanya. Mereka membuat panggilan video melalui komputer di bilik kerja mereka.
"Sabarlah Rafiz, nanti kami free kami balik. Kamu duduk dulu baik-baik dengan mak lang tu." Balas ibunya.
"Ok..." balas anaknya dengan nada sedih...
"Tapi janji mama papa kena balik, pastu mama papa ada janji yang nak kasi saya adik, jadi Rafiz nak adik juga." Sambungnya.
Mereka berdua terus ketawa mendengar permintaan anaknya.
"Kenapa Rafiz nak adik?" Tanya ayahnya pula.
"Rafiz nak jadi kuat, nak lindungi adik Rafiz sendiri. Rafiz ada belajar karate tau." Balasnya
Lalu dia menunjukkan aksi karatenya di hadapan komputernya. Dia terus menunjukkan aksi tumbukannya dan tendangan sehingga dia terjatuh ke atas lantai, mereka berdua terhibur melihat gelagat anak mereka. Lepas dia terjatuh dia kembali semula di depan komputer...
"Mama papa tengok an tadi, tengok Rafiz dah kuat dah." Katanya dengan penuh bangga.
"Ya, Rafiz memang kuat macam papa." Balas ibunya.
"Rafiz nak pergi dulu, mak lang dah panggil dah tu. Bye mama papa." Sambungnya sambil melambai tangan kepada ibu ayahnya.
Lalu panggilan itu diputuskan...
"Ikut perangai siapa lah tu?" Tanya ayahnya.
"Ikut macam ayahnya lah, dulu awak masa kecik pun hyperaktif macam dia." Sakat ibunya.
"Eh gitu lak, habis awak dulu tak hyperaktif waktu budak-budak macam Rafiz." Bantah ayahnya
"Tak, saya hyper comel." Balas ibunya lalu ketawa kecil.
Ayahnya menggelengkan kepalanya lalu bangun dan pergi ke tempat kerjanya semula...
"Saya comel lagi tak?" Tanyanya pula.
"Ya, sayang masih comel lagi dari dulu sampai sekarang, malah bertambah cantik." Balasnya dengan ayat-ayat manis. Ibunya itu pula gembira mendengar jawapannya.
"Thanks, sebagai balasan saya buatkan kopi untuk."
"Kopi je??" Tanya ayahnya.
"Kopi lah. Ke awak nak saya..." balas ibunya.
Ayahnya tersenyum lalu berkata...
"Buatkan sahaja saya kopi." Lalu dia menumpukan perhatian ke komputer dihadapannya.
Dia membuka e-mail yang baru diterima, dia membaca isi kandungan e-mail itu. Selang beberapa minit isterinya datang ke mejanya sambil membawa secawan kopi untuknya.
"Ni dia sayang." Katanya sambil meletakkan cawan itu di meja.
"Sayang, diaorang dah jumpa dua orang tu. Sekarang diaorang tengah bawak mereka ke sini." Kata suaminya.
"Baguslah tu, nanti diaorang boleh tolong kita buat kerja nanti." Balas isterinya...
※※※※※※
Aku membuka mata aku perlahan-lahan, aku sudah sedar dari pengsan. Aku melihat ke arah depan aku, tiga lelaki yang menculik aku dengan Serena sedang berbincang dengan seorang lagi lelaki misteri. Ditangan lelaki misteri itu ada beg bimbit dan dibelakangnya pula ada helikopter. Aku cuba bergerak namun gagal akibat tali yang mengikat aku.
"Tora... jangan... saya tak sedia lagi... jangan pegang bahagian tu... jangan..."
Apakah....
YOU ARE READING
Quantum : The Origin [Hold On]
RandomCerita sampingan daripada Quantum. Dua pelajar genius berkerjasama dengan team SDNT dalam menyelesaikan kes penculikan anak orang genius bersama-sama dengan bantuan sesuatu yang misteri.