"Mancis? Gunting?" Tanyaku
"Yap, pilihlah mana kamu suka." Balas lelaki misteri itu.
Aku memandang ke arah Serena, lalu aku berkata...
"Awak pilihlah dulu." Arahku.
"Kalau saya, saya nak pilih gunting." Pilihannya.
"Ok kalau macam tu saya ambik mancis." Balasku.
"Bagus, semua dah buat pilihan. Yang ambil mancis sila buka kain di belah kanan saya, yang gunting pula belah kiri saya." Arahnya.
Lalu kami berdua mengikut arahannya. Aku dan Serena berdiri di tempat masing-masing, dengan penuh debaran kami membuka kain itu. Disebalik kain aku itu ada 7 batang mancis, pada kain Serena pula ada satu gunting.
"Ok bagi soalan mancis..." lelaki itu datang ke depan aku.
"Saya ambil satu mancis ini..." lelaki itu terus mengambil salah satu mancis yang ada di meja itu.
"Tadinya ada tujuh batang mancis, saya ambil satu dan menjadi sembilan. Bagaimana?"
Selepas mendengar soalannya, otak aku terus memikirkan jawapannya.
"Untuk yang gunting pula..." lelaki itu terus pergi ke depan Serena dan mengambil gunting dan kain yang menutupi gunting tadi.
"Saya akan potong kain ini yang berbentuk segi empat sama ini dengan gunting. Berapa jumlah penjuru kain itu ada sekarang?" Soalan lelaki itu namun dia tidak menggunting kain itu.
"Kamu ada tiga minit..." Sambungnya
Aku terus ketawa kuat. Orang ramai serta lelaki itu terus memerhatikan aku...
"Kenapa anak muda, tak dapat jawab? Ataupun dah gila?" Tanyanya.
Aku menggelengkan kepala aku, lalu berhenti ketawa dan mula menerang.
"Enam mancis menjadi sembilan apabila kau susun mancis menjadi sembilan."
Aku terus menyusun enam mancis itu menjadi sembilan...
"Nah ni sembilannya." Kataku sambil menunjuk hasil susunan aku.
Orang yang dibelakang datang ke depan melihat hasil aku, dia membulatkan matanya melihat susunan itu, lelaki itu turut membulatkan matanya. Mereka yang ada di sana terkejut dengan jawapan aku.
"Tahniah, jawapan kamu betul. Tapi kamu masih belum menang, pasangan kamu belum jawab lagi...."
"Jawapan dia tak tentu."
Belum sempat lelaki itu cakap, Serena terus menyampuk memberi jawapannya...
"What???" Orang ramai mula tidak percaya akan jawapannya.
"Biar saya terang, jika potong bahagian kanan penjuru, penjurunya memang tinggal empat. Jika potong penjuru sisi, yang tinggal ada tiga penjuru. Jika potong di sisi sebelah penjuru pula, sisi yang tinggal ada lima penjuru. Kau tak cakap dan tunjuk macam mana kau potong." Penerangannya.
Semua di sana ternganga, buntu, tak tahu nak cakap apa. Aku pula mengangguk tanda setuju dengan jawapan Serena. Lelaki itu yang masih terkejut dengan jawapannya terus bercakap....
"Tahniah!!! Anda berdua berjaya menjawab soalan. Anda akan dapat RM 100000!!!" Jeritan dia bergema di kawasan itu.
Orang ramai mula menepuk tangan dan bersorak...
"Kamu berdua tunggu dulu ya. Penonton semua boleh beredar, kalau ada lagi pertandingan, kami akan datang ke sini semula." Sambungnya.
Kawasan yang tadinya penuh dengan manusia kini kosong, tinggal kami berdua dengan lelaki itu. Lelaki itu pusing kebelakang...
"Oi, dah boleh kemas." Katanya.
Lalu keluar dua orang berbadan sasa dari pokok di belakangnya, macam mana diaorang nyorok kat belakang pokok tu? Serena mula mendekati aku, dia memeluk tangan aku dengan erat...
"Tora, diorang ni menakutkan, apa yang diaorang nak buat dengan kita." Katanya dengan nada yang takut...
"Sabar, selagi diaorang tak buat apa-apa kat kita, kita selamat. Jangan risau, saya ada dengan awak." Pujukku.
Dua lelaki berbadan besar itu terus mengangkat meja dan terus pergi.
"Jom ambik duit korang." Arah lelaki tadi.
Kami berdua pun mengikut mereka bertiga. Kami mengikut mereka sampai ke tempat letak kenderaan. Tempat itu tidak ada orang, hanya dipenuhi dengan kereta.
Kami sampai di sebuah van, dua lelaki besar itu pergi ke arah belakang van, membuka bonet belakang van itu dan meletakkan meja itu. Aku memerhati gerak geri mereka berdua. Lalu mereka berdua mengeluarkan sesuatu, melihat benda itu aku terus bertindak.
Lelaki yang lagi sorang membuka pintu van di belakang...
"Kalau boleh ikut kami pergi bank dulu...." katanya sambil berpusing ke belakang.
Aku terus melepaskan tumbukan ke arahnya apabila dia berpusing kebelakang. Namun lelaki itu lebih cekap, dia menahan tumbukan aku dengan tangannya, dia menggenggam tumbukan aku dengan aku. Serena terkejut dengan tindakan aku...
"Tora!! Apa yang awak buat ni??" Tanya Serena namun aku endahkan.
"Kau, nak culik kami berdua kan?" Teka ku.
Lelaki itu dan Serena terkejut mendengar pertanyaan aku.
"Culik? Jangan sangka buruk lah." Balasnya.
"Kawan-kawan kau kat belakang, dia keluarkan tali dengan kain. Benda-benda tu memang digunakan untuk culik orang kan." Terangku.
Lelaki itu terus ketawa...
"Memang sah kau memang budak genius yang diaorang tengah cari." Katanya.
"Eh apa kau buat ni! Lepaskan aku!" Jerit Serena.
Aku pusing kebelakang, melihat Serena yang dalam kesusahan. Lelaki berbadan sasa itu menangkapnya dan menutup mulut Serena dengan kain, lalu Serena terus pengsan.
"Serena!!!!" Jeritku.
Aku terus menarik tangan aku dari lelaki itu. Aku terus berlari ke arah Serena, lelaki yang pengsankan Serena terus mengambil dia.
Tanpa aku sedari, seorang lagi lelaki berbadan besar terus berlari dari tepi aku dan terus menumbuk aku. Tumbukanya yang kuat membuatkan aku melambung jauh dan melanggar kereta lain. Aku terus rebah jatuh ke tanah, aku dapat melihat Serena dibawa masuk dalam van, namun padangan aku mula kabur...
"Serena..." kataku.
Lalu aku menutup mataku, aku pengsan.
"Apa kau buat ni. Habis rosak otak dia nanti." Marah lelaki tadi pada lelaki berbadan besar.
"Maaf bos tak sengaja." Balasnya.
"Dah cepat ikat dia." Arahnya lalu dia mengambil hefon di poketnya dan membuat panggilan.
"Aku dah tangkap budak ni. Dalam sejam jumpa kat tempat yang kau cakap hari tu." Katanya lalu terus menamatkan panggilan.
Aku dan Serena dah dibawa masuk dalam van. Mereka bertiga turut masuk dalam van dan terus bergerak meninggalkan tempat itu.
※※※※※※
"Ok nanti jumpa kau disana." Lelaki muda meletakkan semula hefon di poketnya.
"Jadi macam mana?" Tanya lelaki berumur yang duduk di kerusinya.
"Mereka dah jumpa dua orang tu. Saya nak keluar ambik dua itu Jeneral." Balasnya.
"Ok pergilah. Jangan lupa bagitahu sekali mereka berempat." Arah lelaki itu.
Langkah lelaki muda itu, dia terus pusing kebelakang.
"Diaorang kat mana?" Tanyanya.
"Mereka semua ada kat makmal mereka masing-masing. Dua orang kat makmal penyelidikan, dua orang lagi kat makmal komputer." Balasnya.
"Ok baik ayah." Kata lelaki muda itu dan terus keluar dari bilik itu.
YOU ARE READING
Quantum : The Origin [Hold On]
RandomCerita sampingan daripada Quantum. Dua pelajar genius berkerjasama dengan team SDNT dalam menyelesaikan kes penculikan anak orang genius bersama-sama dengan bantuan sesuatu yang misteri.