"Anak orang genius jadi sasaran penculik." Aku membaca tajuk utama di dada akhbar itu, aku membaca senarai nama mangsa penculikan itu. Kebanyakannya mangsa dari luar negara, di sini pula ada sebilangan kecil sahaja.
"Jadi Jeneral mahu kami selesaikan kes penculikan ini?" Tanya Serena.
"Tepat tekaan kamu, SDNT perlukan bantuan kamu untuk menghentikan kes penculikan ini. Tapi jangan risau, kami akan sediakan ganjaran untuk kamu berdua jika kamu bantu kami." Balas Jeneral.
Aku tidak kisah sangat pasal ganjaran itu, cuma yang berlegar dalam fikiran aku sekarang ni ialah mengapa anak orang genius yang diculik? Kenapa tak culik orang genius tu terus? Kenapa mesti anak dia bukan mak bapak dia yang genius tu?
"Apa ganjarannya?" Tanya Serena dengan teruja.
"Ganjarannya ialah kamu berdua akan ditawarkan untuk berkerja di sini. Kamu berdua baru habis belajar dan masih lagi mencari pekerjaan, jadi saya mahu tawarkan kerja di sini. Lagipun kamu berdua tak ada pilihan lain untuk kerja di sini. Kamu berdua dah tahu pasal SDNT, dan organisasi ini perlu dirahsiakan oleh orang awam. Jika saya biarkan kamu berdua keluar dari sini, saya khuatir kamu akan beritahu pasal SDNT." Balas Jeneral.
Riak muka aku terus berubah selepas Jeneral menawarkan aku dengan Serena kerja di sini. Dengan pantas aku berterus terang....
"Maaf Jeneral, jika Jeneral tawarkan saya kerja di sini, saya akan tolak mentah-mentah. Walau apa pun ganjarannya lain yang Jeneral berikan, saya tetap tak kan kerja di sini." Kataku dengan nada yang tinggi.
"Tora, hormatlah sikit. Awak tengah dengan orang yang lebih tua dari awak, tambahan lagi dia Jeneral kat sini." Tegur Serena padaku, namun aku endahkan.
"Maafkan dia Jeneral, dia memang degil macam ni." Pinta Serena pada Jeneral.
Jeneral pula ketawa kecil. Kami berdua memandang dia dengan penuh kehairanan.
"Kenapa Jeneral ketawa?" Tanyaku.
"Memang saya jangkakan yang kamu kata begitu. Kamu pelajar pandai dapat tawaran belajar ke luar negara kamu tolak, ditawarkan lagi dengan banyak kerja yang bagus-bagus, tapi kamu tetap tolak juga." Balasnya.
Jeneral terus memandang tepat padaku, aku mula rasa seram. Apasal dia ni padang aku lain macam ni.
"Saya akan benarkan kamu tak berkerja kat sini, tapi dengan dua syarat." Sambungnya.
"Apa syaratnya?" Tanyaku.
"Syarat pertama kamu perlu rahsiakan SDNT dari semua orang, jangan sesekali jangan pasal perkara ni. Jika kamu beritahu, padah kamu nanti." Balasnya.
"Baik saya akan rahsiakan. Syarat kedua pula?"
"Syarat kedua pula kamu kena beritahu apa sebab kamu tolak tawaran saya, dan juga tolak semua tawaran belajar kat luar negara dengan tawaran kerja yang lain."
Syarat kedua amat berat untuk aku tunaikan, perkara itu menjadi rahsia antara aku dengan Serena. Kisah silam yang pahit takkan aku nak senang-senang bagitahu kat dia, aku terus memandang ke arah Serena.
"Ikut awaklah Tora, awak ceritakan semua tu. Lagipun itu semua pasal awak, saya ada selit sikit-sikit je." Terang Serena.
Aku mengangguk kecil, aku kembali semula melihat ke depan. Dengan rasa berat hati aku pun terangkan, ketika sahaja aku nak mula bercerita...
"Maafkan kami Jeneral sebab menggangu." Suara lelaki muncul di belakang.
Aku dan Serena terus pusing ke belakang, ada pasangan lelaki dengan perempuan dengan pakaian kot makmal berada di belakang kami.
"Takpe, kami pun dah habis berbincang. Tora nak mula cerita apa sebab dia tolak semua tawaran belajar kerja semua tu." Balas Jeneral.
"Jadi kamu berdua ni Tora dengan Serena?" Tanya perempuan itu pula.
Kami berdua mengangguk. Lalu pasangan itu terus bergerak dan berdiri di tepi Jeneral.
"Nama saya Aila, dan ini pula suami saya, Ankh." Perempuan itu ataupun Aila memperkenalkan diri.
"Jadi kamu berdua pelajar genius itu, bolehlah bantu kami kat makmal nanti." Kata Ankh.
"Sabar Ankh, dia tak setuju lagi, sekarang dia nak terang apa sebabnya." Balas Jeneral.
"Jangan risau kami berdua akan bantu kamu berdua, kita akan selesaikan kes penculikan ni sama-sama. Kita akan jadi partner dalam kerja ni." Terang Aila.
Tiba-tiba sahaja Ankh terus berbisik pada Aila namun aku tak beberapa dengar.
"Jangan bagitahu diaorang pasal benda tu dulu." Bisik Ankh secara senyap.
"Oh maaf hihi." Balas Aila.
"Jadi Tora kamu boleh cerita sekarang." Arah Jeneral.
Aku mengangguk, lalu aku terus bercerita.
"Sebab saya tolak semua ni adalah atas sebab pesanan ibu saya yang terakhir sebelum ibu meninggal. Pada hari ketika ibu saya meninggal...."
YOU ARE READING
Quantum : The Origin [Hold On]
RandomCerita sampingan daripada Quantum. Dua pelajar genius berkerjasama dengan team SDNT dalam menyelesaikan kes penculikan anak orang genius bersama-sama dengan bantuan sesuatu yang misteri.