Luahan hati
Sewaktu kehilangan bapa tersayangTangisan hatiku...
Malam sepiku menangis syahdu,
Melepas risalah yang membebaniku,
Teringat kisah lampau nan syahdu,
Inginku sandarkan diri dibahumu...
...
Bertahun jejakmu tidak ku temui,
Senyuman dibibirmu bermain di fikiran,
15 tahun bersama tersemat 1001 kenangan,
Ya!
Terasa cepat masa berjalan,
Tak tertanggung piluku menanggung perasaan...
...
Ada cerita yang tak pernah pudar,
Kewibawaan dirimu yang ku kagumi,
Inginku tagih andai kelibatmu masih ada,
Mana mungkin hilang memori tika bersama,
Menyedarkanku dari dibuai mimpi indah,
Membuka mataku tentang hala tuju hidup,
Menyentapkan jiwaku yang diselaputi kelalaian,
Tapi...
Semua itu telah berakhir,
Jasad telah pergi,
Hanya memori terpahat di hati...
...
Waktu ini aku terbayang,
Di saat yang lain gembira meraikan kejayaan,
Berpelukan erat bersama insan tersayang,
Aku hanya kaku memeluk tubuhku,
Timbul rasa teringin,
Untuk berada di tempat mereka,
Namun apa kan daya,
Telah ditakdirkan nasibku begini,
Peringatan buat diriku yang lupa,
Aku hanyalah seorang hamba,
Yang mengikuti percaturan-Nya,
Didiklah hati untuk redha dengan ketentuan Ilahi...
...
Mengakhiri kata-kata ku ini,
Mungkin ada yang senasib denganku di luar sana,
Jika mereka mampu menjadi tabah,
Mengapa tidak aku?
Ku harap tenang roh mu di sana,
Sifat baikmu akan cuba ku teladani,
Masih banyak pengalaman perlu ku timba,
Biarlah diri ini bersusah-payah dahulu,
Sebelum mengikut jejakmu pergi menemui Sang Pencipta...
...
#AlFatihahBuat sahabat ku ,
Muhammad Azim Bin Sahar
Pohonla doa dari ALLAH S. W. T..
Pintala nasihat dariku yang lemah ini.
Tabah la , wahai sahabat ku.. Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersamamu.. KasihNya tidak pernah hilang buat hambaNya.. Semua akan merasai sakaratulmaut..
Ingatla hidup ini singkat..
YOU ARE READING
AKU DAN DIA.. KAMI
PuisiKisah kami buat umum.. Ambilla setiap bait kata yang tertulis sebagai pembakar semangat ... Kerana semua masih boleh bangkit dari masa lalu.. Niatkan hidup ini hanya untuk Allah yang Esa.. Tekatkan hati hanya untuk islam... Mulakan langkah pe...