Empat segi,
Dua belas sisi,
Empat bucu tajam,
Tapak rata itu enam,
Kita semua dapat agak,
Tipikal sebuah kotak.Kamu sering momokkan padaku,
Kamu selalu jerit padaku,
Fikir luar kotak,fikir luar kotak!
Buat otak aku rasa semak,
Cuba hadam apa ekspetasimu,
Apa yang kau mahu dari aku?Lantas aku tekad dengan cara aku sendiri,
Bukan ikut telunjuk kamu yang tak mengerti,
Tapi ikut hati aku, ikut rasa aku,
Minda aku keluarkan dari dalam kotak,
Aku punggah ia, lalu diluar aku letak.Puas hati kau?
Atau masih rasa sasau?
Ah, peduli apa kau rasa,
Yang aku tahu aku bahagia,
Berfikir di luar kotak segitiga,
Lari dari kotak yang biasa.
YOU ARE READING
Segala Rasa Yang Ada
PoesíaAku tulis apa aku rasa. Mungkin sama apa kau rasa. Adakah punya kimia antara kita berdua?