Hati yang Kau Hancurkan

17 1 0
                                    

Dulu,
Kau bilang sayang mu padaku hingga ke bintang tujuh,
Tidak akan karam dibawa arus kerana rasa itu teguh,
Hati kita terikat padu, dekat dalam rindu walaupun jasad kita jauh...

Dulu,
Tiap hariku kau karangkan ayat-ayat cinta indah berbunga,
Dunia seakan hanya ada kita berdua,
Janjimu mahu terus kekal bersama dalam suka mahupun duka...

Silap aku!
Silap aku bila terlalu percaya.
Percaya kau akan tetap setia.

Kini,
Kau mahu aku kembali?
Setelah kau memilih untuk hancurkan sekeping hati?

Kau tak tahu betapa payah aku satukan semula kepingan hati aku yang lebur,
Kau tak tahu bagaimana aku cuba bangkitkan semula keyakinan yang luntur.

Usah kau seru lagi nama aku saat kita bertemu,
Kerana hati yang pernah kau hancurkan ini tak akan pernah kembali padamu.


Segala Rasa Yang AdaWhere stories live. Discover now