Chapter 5

17.7K 329 3
                                    

" Hai, Daniel. You tak kerja ke, masuk kali ke 5 you called I. "

" Rindu nak dengar suara you"

" Baru seminggu kenal dengan I, tiap hari bergayut phone sampai berjam jam rindu Lagi?"

" Dah nak rindu nak buat macam mana. Jom malam ni kita tengok wayang?"

" Wayang malam ni. Okay I nak jumpa di mana? Dekat Pavilion boleh?"

" Okay see you tonight?" Terkejut Kaia melihat puan Sri berdiri dibelakang kaia.

" Nak pergi tengok wayang dengan Daniel?"

" Boleh ke kaia keluar Puan Sri?"

" Pergi la Kaia, mana tahu ada jodoh dengan Daniel, lagipun Daniel baik kan. "

" Dia baik Puan Sri, semalam Daniel bagi Kaia rantai ni. Cantik kan"

" Cantik, unique. Kaia turun dulu puan sri."

" Jaga diri" selepas bersalam dengan Puan Sri Kaia terus keluar dari bilik Farid.

Terus Farid bangun dari katil, menuju ke bilik nya. Di dalam bilik Farid membuka Cd dengan kuat. Dibuka baju seluar dicampak keatas katil terus masuk bilik air.

Puan Sri masuk kedalam bilik Farid diperlahankan radio, lalu duduk di kerusi meja tulis Farid.

Sementara menunggu Farid keluar dari bilik air Puan Sri membelek barang barang Farid diatas meja. Satu demi satu barang Farid dia ambil. Ketika membuka sampul warna pink Puan Sri melihat banyak gambar Kaia didalam sampul tersebut. Sedang makan di coffee beans, berada di kedai buku dan sebagai nya. Bila mendengar pintu bilik air buka, pantas Puan Sri menyelit sampul pink di bawah helai kertas.

Apa la agak nya anak seorang ni nak buat dengan gambar Kaia yang banyak tu?

" Kenapa mummy tengok muka masam ni?" Farid tidak menjawab dibuka wardrobe kaca nya diambil seluar dan singlet.

" Hai dah cacat bisu pulak ke?"
Masam wajah Farid tidak diendah pertanyaan Puan Sri.

" Kalau dah bisu mummy keluar la dulu."

" Mummy nanti. Kaia tak boleh keluar dengan Daniel, Farid tak suka. Dah seminggu asyik gayut dengan Daniel on the phone. Bukan nak jaga Farid. Suap makan pun asyik whatsapp. Kerap sangat keluar. Farid tak suka. Now mummy pergi bagitahu Kaia yang dia tidak boleh keluar for movie. Dia kena jaga Farid malam ni and malam seterusnya sampai dia habis. Jaga Farid 24 hours. Tidur pun dalam bilik dengan Farid juga."

" Mummy nak pergi kata apa kat Kaia, dia tak bole keluar. Biarkan lah Kaia dengan Daniel, dah Farid tak suka. Kenapa nak marah marah. "

" If she going to be my wife, Farid tak suka dia keluar dengan lelaki lain bergayut phone dengan jantan lain."

" Dah kata tak suka Kaia, biar je lah."

" Mummy Farid cemburu. Now tell her she can't go out! Suruh dia buka rantai tu. Farid tak nak tengok"

" Mummy nak pergi kata apa? Farid suruh buka rantai?"

" Tak kisah la apa pun. Buka saja. Perempuan ni semua bagi sakit hati saja."

" Patut la seminggu ni muka masam kelat, cemburu rupa nya cemburu. Kata suka tapi jealous."
" Now panggil Kaia naik farid tunggu dalam bilik" perasaan cemburu membuak buak dihati Farid terus masuk kedalam bilik lakonan nya.

Farid Si Cacat 😌Where stories live. Discover now