Sesampainya kami di teratak bonda, aku terlihat susuk tubuh seseorang di hadapan rumah ku..
'Ehh, macam pernah ku lihat tapi dimana ya? 'bisik hatiku
"Adik, buat apa lagi tu.. Cepat la masuk. Along ada ole-ole ni.."
Mendengar perkataan ole-ole aku segera masuk ke dalam rumah ku..................................
Aku turun ke bawah dan terus ke dapur apabila aku melihat ibu di dapur. Aku terus memeluk ibu sekuat hati.. Seperti tidak mahu melepaskan ibu.
"Ehh, anak ibu. Kenapa ni sayang? Kata ibu sambil membelai rambutku.
"Ibu buat apa tu? Dari atas lagi hidung adik yang mancung ni berbau something.. Macam sedap je. " ujarku sambil melentokkan kepalaku di bahu ibu.
" Ni hah. Ibu ada buat lasagna sikit.. Untuk along dengan anak makcik Mariam." kata ibu sambil menyambung kembali kerjanya yang terganggu akibatku.
"Untuk abang fariz? Kenapa pulak? "kataku sambil memandang kearah ibu
"Bukan untuk Fariz la sayang tapi untuk Fazril.."
"Ehh ibu ni.. Fazril mana pulak. Bukan anak Cik Mariam tu abang fariz sorang je ke?" tanyaku kepada ibu
"Dua la.. Fazril tu adik tak kenal sbb dia baru balik dari UK. Sama flight dengan along tadi. " kata ibu.
" Ooooo.. Yeke.. Handsome tak dia bu? Kalau handsome boleh la try. Lagipun adik dah lama teringin nak jadi menantu cik yam. " ujarku sambil tersipu-sipu malu.
" Ehh kau ni adik, belajar tak habis lagi dah nak menggatal."ujar along dari belakangku sambil menarik telingaku.
"Adoi!! Sakit la. Along.. Lepas la."rengekku kepada along sambil cuba untuk melepaskan telingaku yang sudah merah.
"Tarik lagi telinga dia along. Kecik-kecik dah gatal.. Ishh.. Apa nak jadi la ni" kata angah. Adoi.. Dah turun dah malaun sorang ni.
"Ehh.. Bila masa pulak angah turun ni. Ishh.. Pergi naik atas balik.. Shuhhh.. " ujar aku sambil menghalau angah..
" Kau pun sama la angah.. Dok menggatal dengan anak cik kiah tu kenapa? "kata along lalu menarik lagi telingaku dan telinga angah juga.
" Ehh.. Bila masa pula angah menggatal dengan Zaiton tu. Kau along cakap elok-elok sikit. Aku pun ada taste la. Kalau setakat si Zaiton tu petik jari je aku boleh dapat.. Tah2 lagi cantik dari Ton tu" kata angah sambil menahan kesakitan.
"Amboi2.. Petik jari la sangat... Tak payah bermimpi la angah oii.. Ingat hot sangat ke.. Eeeee.. " kataku kepada angah.
" Dah la tu. Korang ni tak habis-habis nak bergaduh.. Ishh.. Pening la along dengar."ujar along lalu melepaskan telinga kami berdua dan naik ke atas..
Aku dengan angah menjeling antara satu sama lain. Kami ibarat anjing dengan kucing. Pantang berjumpa mesti akan bergaduh.______________________________________
Sorry kalau story ni tak best.. First time buat novel ni.. Keep support this story.. Thank you...
XOXO
YOU ARE READING
Mrs. Sweet Vs Mr. Pemalu
Romance"Awak.. Awak doktor kan? Saya rasakan macam saya ni ada diabetes la" - Intan Arissa Safiyah "Haah.. Tu la.. Suka sangat makan manis-manis.." - Mohd Fazril Akmal "Ishh.. Awak ni.. Bukan sebab tu la" "Habis tu? " " Sebab awak la" "Sebab saya? As...