Bab 4

276 12 0
                                        


"Intan!! Dah berapa lama aku tunggu kau kat depan rumah kau ni!! Sebelum aku naik angin baik kau keluar sekarang!! Jerkah Rania kepadaku.. Aku segera menjauhkan telefon bimbitku dari telingaku.. Bingit sekali rasanya.. (Btw, Rania is one of my bff.)
"Ala.. Relax la dulu.. Petang masih muda.. " kata aku bersahaja.
" Apa kau cakap! Dah dekat sejam aku tunggu kau kat sini. Baik kau cepat sebelum aku cancel outing kita harini. " marah Rania kepadaku
"Ok2... Aku dah siap la.." ujarku kepada Rania. Aku memakai baju putih dipadankan dengan seluar hitam dan memakai kasut kegemaranku. (seperti gambar dibawah). Aku segera turun ke bawah sebelum dimarahi Rania sekali lagi.

"Eh, adik nak kemana tu? Makan la dulu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Eh, adik nak kemana tu? Makan la dulu. Makcik Yam datang ni" ujar ibu kepadaku.
"Takpe la ibu. Adik nak keluar ni. . Dengan Rania.. " kataku sambil menyalami tangan ibu dan Makcik Mariam. Yang menarik perhatian aku ialah bukan lasagna yang dihidangkan tetapi lelaki yang berada di sebelah Makcik Mariam Aku mengerling ke arah lelaki itu. 'Macam pernah nampak..' kata hatiku.
Seperti mengetahui aku sedang memandangnya, lelaki itu segera mendongak dan memandang kembali aku. Perbuatan kami disedari oleh angah, ibu dan Makcik Mariam.
"Adik, kau dah kenapa? Jaga sikit mata tu. " Kata angah kepadaku
" Intan, ni anak sulung Makcik. Fazril namanya. Baru balik dari Uk. " kata Makcik Mariam kepadaku seperti dapat membaca apa yang bermain di fikiranku.
Aku hanya mengangguk apabila mendengar apa yang Makcik Mariam cakapkan. Lelaki itu memandang kearahku. 'Ishh.. Mamat ni dah kenapa? Dah terpikat ke dengan aku? Aku tahu la aku ni comel..' bisik hatiku. Aku yang tidak selesa apabila dipandang sebegitu rupa segera beredar dari situ. Sebelum keluar dari rumah, aku memandang sekali lagi ke arah lelaki itu dan lebih memeranjatkan aku ialah lelaki itu masih memandang kearahku. Aku segera masuk ke dalam kereta.
"Kau dah kenapa? Masuk tak bagi salam. Asal kau? " tanya Rania kepadaku apabila melihat aku masuk dengan terburu-buru.
" Takde apa-apa la. Cepat la jalan." jawabku. Sepanjang perjalanan kami, aku hanya memikirkan tentang lelaki itu. 'Ishh.. Dah la handsome.. Yang paling menariknya dia bagi aku ialah matanya yang redup ketika memandang aku.. Fuhhh.. Boleh jatuh iman aku.. Ya Allah, apa kau cakap ni Intan. Bawa mengucap Intan' bisik hatiku..
"Betul tak Intan?" tanya Rania kepadaku..
"Haah.. Betul. " jawabku walaupun aku tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rania. Kepalaku penuh dengan bayangan seorang lelaki yang bernama Fazrul.

______________________________________

Thanks kepada semua yang sudi baca MRS. SWEET VS MR. PEMALU.. Teruskan membaca and support this story..
XOXO

Mrs. Sweet Vs Mr. PemaluTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang