Warak

987 51 0
                                    

Kata orang
Pemakaian menggambarkan peribadi
Kata orang
Peribadi menggambarkan pemakaian

Aku tergelak
Mendengar desis, bisik orang sekeliling
Aku ketawa
Mendengar tanggapan orang memandang tinggi
Pada orang yang berlagak warak

Manusia terdiri dari dua golongan
Golongan pertama- dipandang tinggi, sentiasa dipuji
Golongan setererusnya- dipandang hina, dicop neraka.

Dan aku semestinya yang kedua.

'mereka yang tidak bertutup aurat, bukanlah orang yang baik. Dan mereka yang bertutup aurat semestinya baik.'

Tak. Kau salah.

Ramai yang dianggap warak
Yang bertutup aurat
Yang ketawanya lembut melalak
Namun syang, mulutnya ralit menghina
Namun sayang hatinya asik lakukan zina

Jujur. Aku benci spesis begini.

Kau kotorkan anggapan aku pada golongan kau yang tulusnya baik.
Kau kotorkan hormat aku pada insan yang benar mulia.

Kau maybe spesis yang ketiga,
Yang pandai bermuka muka.
Yang jaga aurat
Namun bukan ikhtilat.

' jangan judge dia kerana pemakaian'

Tak. Aku tak judge.
Ini dunia,
Itu mentaliti manusia.

Wahai orang yang warak,
Tunjukkan contoh yang baik,
Ajarkan aku yang jahil.

Wahai orang yang warak,
Kau satu tahap lebih tinggi,
Jangan hancurkan maruah diri

Wahai orang yang warak,
Jangan kau "pleasure kan" mata manusia,
"pleasure kan" Tuhanmu yang satu dahulu.

Wahai manusia yang warak,
Jom sama perbetulkan diri,
Menuju ke arah keredhaan Illahi.

*****

Hei, readers. :) Saya selitkan puisi tentang isu sensitif. Saya harap kamu semua bukakan hati, bukakan minda. Saya tidak bermaksud memandang serong kepada golongan yang bertutup litup, aurat.

Namun, mohon selanjarkan usaha anda dengan perangai anda. Meh, ubah diri bersama sama.

Ramai yang saya jumpa, bertutup aurat, berpakai stokin namun berpegang tangan dengan kekasi hati.
Allahu, sayang sumguh wanita sebegini. Andai diubah perlakuan diri, InshaAllah dialah antara wanita yang dipanggil ke syurga kelak.

'bagaimana pula dengan wanita tak menutup aurat? Mereka sama sahaja malah lebih teruk.'

Nahh. Mereka dalam fasa jahil. Dan fasa ini, memerlukan masa untuk diubah. Jadi, apa kata wanita seperti kamu ini, yg sudah cantik menutup aurat, ambil bigger step untuk ubah perangai. Kamu tunjukkan contoh baik kepada wanita di luar sana. Kita kejar syurga Allah, sayang semua. Kita ubah dunia, mentaliti dunia.

Jom sama sama berubah.

Ohh. Feel free to read 6.30, mencuba nasib dalam penulisan. ;) Cerita ini lain daripada yang lain. Tidak rugi anda membacanya. Cehh. Promote pulak

K. Assalamualaikum dan have a good day.

Puisi cinta hipster ( COMPLETED) Where stories live. Discover now