percaya

506 28 0
                                    

Dan jika suatu masa kau berusaha namun tiada apa balasan yang kau perolehi, cuba check diri. Muhasabah diri, ape kekurangan yang kau lakukan.

Jika tiada, percayalah Tuhan ialah sebaik-baik perancang. Percayalah. Jika Tuhan tidak memberi balasan hari ini, mungkin esok kelak Dia akan memberinya. Mungkin berlipat kali ganda balasan yang Dia bagi.

Jika Tuhan tidak membalasnya di dunia, mungkin di akhirat kelak kau merasanya.

Sabar. Tawakkal. Percaya kepada Tuhan

Dan jika kau berusaha dan beroleh kejayaan. Senyumlah. Bersyukurlah kerana Tuhan mendengar bisik suara hati kecil mu, lihat penat lelahmu dan redha dengan dirimu. 

Tak banggakah dirinu yang dimakbulkan doanya oleh Tuhan? Tidak banggakah kamu, si Pencipta mendengar luahan hatimu. Tidak banggakah kamu, banyak banyak makhluk yang Dia cipta, kamu  antaranya yang dia dengar?

Allahu. Sungguh aku cemburu dengan dirimu.

Doamu dimakbulkan kerana Tuhan sentiasa bersamamu.

Sungguh aku cemburu.

Dan jika doaku tidak diterima, tidak aku berputus asa kerana Tuhan itu pasti ada rancangan yang jauh lebih baik daripada perancanganku.

Aku percaya suatu hari nanti, penat lelahku akan terbalas. Kerana Tuhan itu Maha Adil. Dan aku percaya, balasan yang aku terima sesungguhnya melebihi apa yang aku harapkan.

Percaya kawan. Percaya.

Believe in Allah.

Puisi cinta hipster ( COMPLETED) Where stories live. Discover now