Third person p.o.v
"Hei, dah langgar orang tak reti nak mintak maaf ke?" kata Hyerin sambil bercekak pinggang. Lagaknya tak ubah seperti mak mertua yang kejam yang sedang membebel pada menantunya.
Lelaki yang melanggar Hyerin tadi memandangnya dengan dahi yang berkerut. Garang betul minah ni. Jatuh sikit je pun. "Aku mintak maaf. Tadi aku nak cepat, so aku lari lah. Yang kau pun satu, pergi jalan tengah-tengah alam macam jalan ni mak bapak kau punya pasal apa?" giliran lelaki itu pulak bercekak pinggang.
Hyerin agak terkejut dengan kata-kata lelaki itu. "Suka hati aku lah nak jalan kat tengah jalan ke, tepi jalan ke, atas jalan ke, bawah jalan ke, kau nak kisah buat apa?" Tak mau kalah, dia membidas kata-kata lelaki itu.
"Masalahnya, kau kena faham yang jalan ni bukan kau sorang je guna so tolong jangan buat macam jalan ni kau punya sorang. And lagi satu, kalau taknak kena langgar lagi, tolonglah jalan tepi sikit. Apa, kau ingat laluan ni red carpet ke sampai kau boleh buat catwalk dekat sini?" Fuh. Pedas sungguh balasan lelaki itu.
Hyerin terkelu. Dia ketandusan idea untuk membalas semula. Dia hanya memandang tajam lelaki yang sama tinggi dengannya itu.
"Dahlah, aku malas nak layan orang macam kau ni. Lagipun, aku nak cepat ni. I have no time for someone like you.." lelaki itu terus berlalu dari situ dengan sassy nya.
Hyerin hanya memandang lelaki itu pergi tanpa berkata apa-apa. "Apekah?" Dia bercakap sendiri.
Hyerin p.o.vAku still tak boleh move on dengan benda yang baru jadi tadi. Tak pernah aku jumpa lelaki yang se'diva' lelaki tadi. Ini tak boleh jadi, mana boleh aku kalah dengan dia. Takpe kau, kalau kita jumpa lagi, siap kau. Cis.
Aku terus berjalan sampai aku terjumpa pintu masuk taman rekreasi dekat kawasan perumahan ni. Kawasan perumahan ni kira kat atas bukit so pemandangan kat sini cantik. Boleh nampak keseluruhan bandar ni. Aku suka.
Aku terus berlari ke arah satu pokok yang agak rendang di tepi bukit. Sebaik sahaja tiba, aku terus melabuhkan punggung di atas rumput dan menyandarkan badan ke batang pokok. Wahhhh.. Segarnya udara kat sini~ Aku perhati pemandangan seluruh bandar di depan mata aku sebelum aku keluarkan sketchbook dan alatan melukis aku macam pensel and pemadam.
Aku pun mula lakar pemandangan bandar dalam sketchbook. Aku memang suka melukis dari kecik. Eomma dengan appa pun tak kisah dengan hobi aku ni. Diorang lagi galakkan aku buat apa yang aku suka.
Dalam 15 minit, lukisan ni dah siap lakar. Aku menarik nafas lega. Tinggal nak touch up sikit-sikit je.
"Omg, cantiknya lukisan kau.. Pandai kau lukis.."
Oh mak kau. Suara siapa tu.
____________________
____________________{+} Hagagaga..Agak-agak siapa lelaki yang langgar Hyerin ni? 💃💃💃💃Anyway, don't forget to vote and drop your comment~ Kalau ada yang korang tak faham dalam ff ni, korang boleh directly tanya author cuz' you know what? Kadang-kadang I can be extremely weird that sometimes I can't even understand myself. 😅😂 Jangan takut nak tegur, author tak makan orang😂😂😉🍕
YOU ARE READING
SKETCH » mingyu
Fiksi Penggemar"Aku suka tengok kau melukis. Cantik." -Kim Mingyu- "Cantik? Apa yang cantik? Aku ke lukisan aku?" -Jeon Hyerin- Status: {On going} erm, i wrote four years ago, enjoy 👉🏻👈🏻 © 2016 pistiachio's copyright