Amukan Si Raja Firaun.

2.2K 54 14
                                    

Irshad masih bercuti. Ibunya membenarkan dia untuk berehat seorang diri di rumah. Demamnya kian kebah dan dia sebenarnya larat untuk kesekolah tapi dilarang keras oleh Pn.Fatimah.

Irshad kebosanan. Sepertinya, duduk dirumah seorang diri menambahkan lagi suasana bosan. Tambah pula, dia seorang anak tunggal. Lain lah kalau dia ade adik beradik yang lain, sudah pasti ceria sikit hidupnya.

Irshad menonton tv di ruang tamu. Matanya mungkin pasa skrin kaca tv, namun, fikirannya jauh ke lain. Tak semena mena bayangan Arif bermain dimindanya.

Arif! Nama yang begitu gah. Menunjukkan kepandaian dan kecerdikan. Namun, disebalik nama, tersemat sebuah kisah lampau yang menjadikan dia si Raja Firaun.

Irshad mengoyangkam kepalanya kekiri dan kekanan, menghentikan lamunan nya tentang Arif. Membayangkan wajahnya saja telah mengerukan Irshad, apatah lagi berdepan dengan orangnya secara jelas.

Irshad terus bangkit kedapur untuk meneguk secawan air. Dia kehausan dek cuaca yang agak panas dan hangat kini.

Irshad kembali ke ruang tamu setelah melaksanakan tugasannya. Dia mengeluh menandakan bosan.

"Bosannya. Nak buat apelah bosan sangat ni. Nak keluar rumah tak ek?" Irshad bermonolog dengan dirinya.

"Kalau keluar pergi beli jajan ke pastu lepak dekat cafe ke boleh lah kot." Irshad tersenyum.

Lantas, Irshad bersiap siap untuk keluar. Dia tidak menelefon ibunya kerana fikirnya, dia mahu keluar sebentar sahaja. Tidak lama.

Setelah yakin Irshad mengunci pintu rumahnya, Irshad mula berjalan keluar pagar dan menguncinya sekali.

Sambil berjalan ke kedai runcit berdekatan, Irshad tersenyum riang. Sudah lama dia tidak merasakan ketenangan sebegitu. Ketenangan dimana dia rasa bebas. Bebas dari rasa takut. Bebas dari rasa resah, gelisah, cuak seperti yang selalu dia rasa tatkala ke sekolah. Dia merasakan sedikit bebas dan lapang.

Sampai sahaja di kedai runcit, Irshad membeli beberapa jajan dan ais krim. Setelah membuat bayaran, dia berjalan keluar kedai. Dalam keadaan dia mahu keluar, dia terlanggar seorang pemuda yang akhirnya membuatkan mereka berdua jatuh.

"Aduh!" Rungut Irshad sambil menyapu punggungnya yang pedih.

"sorry. Minta maaf sangat sangat. Saya tak sengaja." Kata pemuda itu.

Irshad memandang kearah pemuda itu.

"Benedict?" Irshad terkedu. Benedict?

"Eh! Irshad." Benedict tersengih.

Irshad mengukir sebuah senyuman tatkala Benedict turut tersenyum. "Wow. Dah lama tak jumpa.

"Tulah. Irshad tak pergi sekolah ke?" Soal Benedict sambil membantu Irshad bangun berdiri.

"Saya mc. Tak berapa nak sihat. Disebabkan bosan, tu yang keluar rumah kejap amek angin." Balas Irshad.

"Oh." angguk Ben. "Dah tengah bosan tu meyh lah I treat you something. Come, ade satu cafe baru bukak." Ben menarik tangan Irshad.

"eh jap. Tak ganggu Ben ke?" Irshad bertanya.

Ben menggeleng kepala. "Tak. In fact I tengah cuti sem. Budak matrik tengah sem break ni. It's okay."

Irshad mengangukkan kepalanya tanda faham. Benedict adalah bekas senior sekolah Irshad dahulu. Semasa Irshad masih di tingkatan 3, Benedict di tingkatan 5. Mereka kenal rapat. Tapi sejak Benedict tamat sekolah, mereka lost contact.

Benedict adalah lelaki berbangsa cina yang sangat baik hati. Dia selalu menolong Irshad dalam matematik. Disitulah Irshad mahir dalam ilmu kira kira.

PSIKOWhere stories live. Discover now