Hati yang Mati

1.9K 69 14
                                    

*18+sx bahasa... so beware okay!*

Keesokan harinya, Irshad cuba untuk ke sekolah tetapi dia tidak mampu menahan perit, pedih di perutnya itu. Luka semalam memang agak dalam. Namun dia tahu ibunya pasti khuatir jika dia menunjukkan kesan luka itu.

Irshad lebih rela berdiam diri. Dia tidak sanggup melihat raut muka ibunya yang sedih jika ibunya melihat luka yang masih baru diperutnya. Irshad buntu. Dia tidak mampu bergerak ke sekolah hari ini.

Dengan langkah berani, Irshad memasuki bilik ibunya.

"mak. Hari ni Irshad tak ke sekolah boleh tak?" Irshad bertanya lembut.

Pn.Fatimah yang baru selesai menunaikan fardu subuh tersenyum melihat anaknya. "Kenapa?"

Irshad mengeluh. "Irshad rasa macam tak larat lagilah. Esok esok Irshad pergilah ye?" Irshad tersenyum sambil menantikan jawapan ibunya.

Pn.Fatimah mengangguk. Mungkin dia faham yang Irshad masih memerlukan rehat yang secukupnya bagi mendapatkan tenaganya kembali.

Setelah Ibu Irshad, Pn.Fatimah berangkat ke pejabatnya, Irshad menghidupkan laptopnya. Hari ini dia berasa amat bosan.

Dia nekad untuk berehat. Lukanya masih belum sembuh. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan. Arif bukanlah calang calang manusia. Dia manusia yang berhatikan iblis. Mungkin tiada cara yang boleh dia lakukan untuk keluar dari kepompong kekejaman Arif.

Irshad menonton movie Saw yang diambil dari rakan sekolahnya. Mereka kata movie tersebut tersangatlah gempak.

Irshad sungguh terkejut pada mulanya kernana ianya bukanlah satu cerita yang agak menakutkan. Ia adalah satu cerita yang menggerunkan dek pembunuhannya yang begitu kejam. Irshad terbayangkan jika Arif bakal melakukan sesuatu yang terkutuk seperti itu terhadapanya akan datang. Sungguh yang sudah ade sudah perit. Inika pula yang sebegitu rupa.

Selesai menonton, Irshad turun ke dapur untuk mengisi perut. Perutnya agak kosong kerana tidak menjamah sejak pagi. Usai mengambil makanan, Irshad menjamah makanannya diruang tamu. Sambil makan, Irshas cuba mendail nombor telefon Mikail.

Namun, hampa. Sudah lebih sepuluh kali Irshad menunggu dan terus mencuba namun masih gagal.

Irashad mula gelisah. Hatinya berasa tidak sedap. Bukan ape, segala ancaman Arif masih tergiang ngiang ditelinganya. Setiap kata kata yang keluar dari manusia iblis itu sudah menjadi satu zikir yang melekat diminda Irshad.

Irshad hanya mampu berdoa dan bertawakal.

seminit kemudian, Irshad mendapat sebuah mesej yang masuj dipeti mesj telefonnya.

to : Irshad

From : mikail.

Lorong lama

Pendek sahaja teks yang dihantar oleh Mikail.

Irshad mula rasa tidak sedap hati. Tahulah dia bahawa Mikail, kekasihnya lagi dalam tahanan si durjana Arif.

Irshad menggenggam tangannya kuat menahan amarahnya yang sedang terkumpul dalam dirinya.  Dalam amarahnya, dia masih mempunyai perasaan takut untuk berdepan dengan arif.  Arif adalah manusia gila yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan dirinya sendiri.

Irshad bingung. Apakah yang harus dia lakukan untuk menyelamatkan dirinya dan Mikail kali ini? Hari ini mungkin menjadi lebih teruk dia diseksa oleh Arif.

'Usah takut... kau ade aku.. kau hanya perlu seru aku.. aku akan tolong kau keluar dari lobang seksaan kau ini.'

"Lagi lagi suara itu. Suara yang tidak henti mengganggu hidupku." Gumam Irshad.

PSIKOWhere stories live. Discover now