Amaran Sang Iblis

1.7K 63 7
                                    

Sampai sahaja dirumah, Irshad terus berlari anak masuk kedalam biliknya. Cepat cepat dia menutup dan mengunci pinti biliknya. Ibunya Pn. Fatimah pasti khuatir akan kepulangannya pada lewat malam.

"Adik..?"

Bunyi ketukan pada pintu bilik Irshad membuatnya sedikit terkejut. Badannya lagi berbau dengan darah. Dia belum pun membersihkan dirinya ketika meninggalkan hotel sebentar tadi. Hanya sekadar mencuci kesan darah yang tercalit pada muka dan tangannya sahaja.

"Ya mak. Adik baru sampai. Sorry! Adik nak tidur, ngantuk." Balas Irshad ringkas.

"Adik dah okay? Tadi pergi mana?"

Irshad masih tidak membuka pintu. Dia tidak mahu ibunya melihat keadaan dia yang sedang serabut sekarang.

"Mak esok esoklah ya adik cakap. Adik penat sangat. Adik nak rehat." Irshad mengurut dahinya.

Irshad lelah. Setelah hampir beberapa jam melakukan upacara menikmati darah Cikgu rosli, dia penat kerana banyak tenaga yang sudah dia gunakan seharian.

"Okay sayang. Rehat tau. Esok pergi sekolah tak?" Tanya pn Fatimah sekali lagi.

"Pergi. Goodnight mak."

"Selamat malam nak.."

Irshad tersenyum disebalik pintu yang memisahkan dia dan ibunya. Dia terlalu sayangkan ibunya. Hanya ibunya sahaja yang faham dan terima dia seadanya.

Semua itu membuatnya teringat akan bapanya. Bapanya yang tidak layak langsung digelar bapa. Jika benar dia adalah lelaki budiman, masakan dia mengherdik anaknya sendiri. Malah dia lebih rela menceraikan isterinya setelah menuduh wanita tersebut menjalinkam hubungan dengan lelaki lain sehingga melahirkan anak binatang seperti Irshad.

Irshad menggepalkan penumbuk dan menggigit giginya menahan marahnya. 

"Encik Hamzah." Dia tidak sudi untuk memanggilnya ayah.

"Kau akan jatuh kedalam kandang binatang yang kau cerca ni. Aku akan pastikan binatang ini yang akan bawak kau jumpa malaikat maut yang sentiasa menunggu menjemput kau." Irshad ketawa sinis.

--

Keesokan harinya, irshad hadir kesekolah seperti biasa. Dia kini sudah berani berjalan dengan rasa penuh yakin dan berani. Jila dulu dia adalah seorang pengecut yang akan sentiasa mencari tempat menyorok, tapi kini dia berani untuk menghadap bajingan bajingan yang selama ini menyeksa jiwanya.

Irshad berjalan masuk kedalam kelasnya. Seperti biasa, baru sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi, datang seorang dari ahli gerombolan Arif, Kimi, menghampiri irshad, seorang diri.

"Wey kimak! Arif ajak jumpa kau dekat tempat biasa. Lebih baik kau cepat sementara orang semua belum masuk kelas. Kau dah buat masalah besar kau tahu tak. Bodoh!" Kimi tersenyum sinis.

Irshad terdiam. Dia memberikan pandangan kosong kelada Kimi.

Kimi memandang Irshad dengan riak tidak puas hati. "Eh sial! Asal kau pandang aku macam tu?"

Kimi menari kolar baju Irshad untuk melepaskan satu tumbukan namun cubaannya gagal apabila Irshad mengambil pisau lipat yang ada pada tangannya dan terus digores pada lengan Kimi.

"Ahh fuck!" Desis Kimi. Dia melepaskan kolar Irshad dan terus berundur beberapa langkah.

darah mengalir deras dan tertumpah keatas lantai beberapa titis.

"SIAL KAU! MAMPUS KAU AKU BUNUH NANTI!" Jerit Kimi. Kimi menahan lukanya yang agak dalam.

Irshad tersenyum puas. "Kimi.. kimi... sampai bila kau nak hidup dibawah kawalan Arif? Ha? Kelakar bila aku tengok kau terlalu selesa hidup dengan Arif. Kau teringin tak nak tengok malaikat maut tu macam mana? Orang kata muka dia bengis.. why not kau tengokkan untuk aku. Nanti kau boleh bagi tahu aku."

PSIKOWhere stories live. Discover now