6

324 20 3
                                    


Menjuih-juih bibir Prof. Fadhi menerangkan mengenai research yang perlu mereka siapkan dan hantar padanya hujung semester ini. Ada kedengaran juga keluhan dari pelajar.

Kirana hanya terduduk lesu. Menyembahkan wajah di atas meja. Dia termenung kosong. Sekosong mindanya.

"Are you listening?" Soal Prof Fadhi.

Kirana memejam mata. Kenapa perlu hidupnya menjadi rumit sebegini. Tidak pernah terbayang walau dalam mimpi bahawa hidupnya hanya sebuah lakonan. Dia bukan berada di tempat asalnya. Dia hanya menumpang. Peritnya rasa hati apabila mengetahui ibu yang disayangi sepenuh hati bukan ibu sebenarnya. Ayah yang sangat dia hormati dan sanjungi bukan ayahnya dan abang yang sentiasa dia rindui juga bukan abangnya. Kenapa harus dia yang perlu merasai semua ini. Dia tidak layak untuk ditimpakan hal seberat ini. Air matanya mengalir.

Bahunya ditolak perlahan oleh pelajar yang duduk disebelahnya. Kirana menyeka air mata dan mengangkat wajah. Pelajar itu menuding jari telunjuknya ke arah hadapan. Mata Kirana mengekori telunjuknya itu. Kelihatan wajah bengis Prof Fadhi memandangnya. Mana tak bengang bila dah genap sepuluh kali dia menjerit memanggil Kirana.

"Are you even listening to my instruction just now?! I hate it when my students don't pay their attention to my lectures. Why do you even here if you're mind is not even here? Teringat dekat pakwe ke?!" Marah Prof Fadhi. Di hujung ayatnya itu diselitkan nada memerli. Pelajar lain ketawa mendengarkan bait hujung kata katanya.

Kirana mengetap bibir. Hatinya berombak sakit. Dimalukan sebegitu tidak pernah lagi berada dalam kamus hidupnya. Jadi anak buangan itu sudah cukup menghibakan jiwanya. Dia menjeling setiap pelajar yang berada di dalam kelas itu dengan penuh kebencian. Dan jelingan itu terhenti pada wajah Prof Fadhi. Hilang sudah rasa hormatnya pada lelaki berkaca mata bulat dan berbadan gempal itu. Di setiap kelas bow tie tidak pernah lupa dia pakai.

Prof Fadhi menelan liur.

"What are you staring at? How dare you! Get out from my class. You don't deserve here! I am disappointed with you!"

"Yeah, I am disappointed with myself too! But this disappointment is much more high on you, Sir. Thank you for your shameful words on me and I'm sorry for not giving my whole attention to you. But you don't know my life!" Air matanya sudah mengalir deras. Usai menghabiskan kata Kirana mengambil beberapa buku nota di atas meja, dan beg sandangnya yang disangkutkan di tepi kerusi dia ambil dan disangkutkan pula pada bahu. Dia berlari keluar dari kelas, pintu dia hempas. Kelas menjadi diam. Semua terkedu terutamanya Prof Fadhi. Dia menanggalkan cermin mata bulatnya dan diletakkan di atas meja. Dia mengeluh.

Kirana menyeka air mata yang masih degil mahu lagi mengalir laju. Ternyata matanya lebih memahami hatinya yang sakit. Tangan langsung tidak mengerti apa yang hati rasa kerana itu dengan automatiknya dia menyeka air mata yang jatuh. Sedangkan mata, dia tahu apa yang hati perlu. Iaitu tangisan. Mungkin dengan tangisan dapat meredakan sedikit rasa sakit di hati. Orang lain tidak akan faham keadaannya sekarang. Kirana berlari menuju perpustakaan. Tempat yang paling strategik untuk mencari ketenangan memandangkan pelajar di kolej swasta ini kebanyakannya malas mahu mengunjungi perpustakaan. Jadi setiap hari pengunjung perpustakaan itu boleh dibilang dengan jari.

Gedebuk!

Kirana terjatuh kebelakang. Refleksi automatik apabila orang yang dilanggar juga sedang berlari tadi. Masing masing tertolak ke belakang. Tangan kanannya sempat menahan dari kepalanya terhantuk ke dinding menyebabkannya terseliuh oleh kerama hentakan yang kuat. Kirana mengaduh kesakitan. Tangan kirinya memegang pergelangan tangan kanannya yang sakit. Matanya tidak dapat melihat dengan jelas dek kerana air mata yang masih bertakung.

"Shit!" Jerit gadis itu. Dia turut sama terjatuh. Rambutnya yang kusut disisir tepi. Bersepah segala buku buku notanya. Kirana terduduk diam menyandar pada dinding. Langsung tidak endah dengan suara carutan gadis itu. Dia tahu dia langgar gadis itu hingga jatuh.

Antara HatiHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin