Kirana mengambil phonenya di dalam beg tangan. Amira dihadapan dia pandang kejap sebelum fokus semula pada phone di tangan.Dia membuka mesejnya bersama Gina di whatssap. Oh dia tengah online! Kirana pantas menaip sesuatu.
Kirana : I bawa kawan sorang.
Do you mind?
Gina : boy or girl? 🙊
Kirana : Sorry, it's a girl.
Gina : haha ! Okay I don't mind! See yaa later.Usai sahaja membaca mesej dari Gina itu dia memandang Amira.
"Okay jom!"
Amira menyengih. Dia lantas bangun dan mendapatkan Kirana yang sudah bangun dari duduknya. Mereka berada di dalam kelas terakhir untuk hari itu. Lengan Kirana dirangkul Amira.
"Kau belanja aku makan kejap lagi. Aku masih terasa hati dengan kau ni."
Kirana mengangguk laju. Dia tersengih. Sedar dengan silapnya.
"Sorry lah. Kalau aku tahu kau tak busy dah semestinya aku ajak kau shopping sekali."
Amira sebenarnya berkecil hati dengan Kirana kerana tidak mengajaknya keluar bersama. Itu pun nasib baik dia bertanya pada Kirana sebentar tadi setelah kelas tamat berkenaan plannya selepas kelas. Kalau tidak, sampai ke rumah nanti lah dia tidak tahu keberadaan Kirana.
"Tak tanya mana lah nak tahu kan.." Perli Amira. Kirana di sebelah dia jeling.
"Kau ni nak merajuk dengan aku tapi tangan tu nak juga peluk lengan aku ni." Kirana mengacah menolak tangan Amira dari lengannya. Amira mencebik. Dia mengetatkan pautan tangannya.
"Ah! Walaupun aku marah, aku mana boleh lepaskan kau sayang.." Amira tersenyum menggoda.
Kirana ketawa mengekek. Mereka mula keluar dari kelas dan menuju ke kafe. Gina menunggu di sana.
"Nanti kau jangan nak melebihkan kawan kau dari aku eh. Kalau tak kau tidur lantai malam ni!" Amira memberi amaran keras awal awal. Oh dia sangat pantang kalau kawannya melebihkan pihak yang satu lagi bila keluar bersama. Dia akan rasa terpinggir dan sedih.
"Yelahhhh!" Jerit Kirana di telinga Amira menyebabkan Amira terkejut beruk dan melepaskan tangannya dari lengan Kirana. Dia memandang Kirana dengan perasaan menyampah dan menjengkelkan. Dia menyumpah dalam hati.
Amira mengejar Kirana dan Kirana cuba melarikan diri. Nanti kau! Jerit Amira dalam hati. Telinganya masih berdengung akibat jeritan Kirana tadi. Wah sakitnya hati.
Kirana berlari menyelamatkan diri. Dia ketawa mengekek. Sedang dia berlari dia hampir melanggar seorang pelajar wanita di situ menyebabkan dia menghentikan larian dan memohon maaf. Amira dari jauh tersengih suka dan mempercepatkan larian kemudian menerkam Kirana. Tanpa membuang masa telinga Kirana dia tarik kuat. Kirana menjerit mengaduh sakit.
"Sorryyy tak buat lagi dahhh." Rayu Kirana. Namun Tangannya kemudian mencari pipi Amira sebagai sasaran. Dia mencubit kedua belah pipi Amira dan dimain mainkan. Ditarik ke atas dan kebawah. Mengalir air mata Amira apabila dilakukan begitu. Pedih pipinya. Tangannya melepaskan telinga Kirana dan mengusap pipinya laju.
"Adoi! Ishh." Amira menjeling Kirana. Kirana juga sedang mengusap telinganya. Dengan harapan sakitnya akan berkurang. Berkerut dahinya.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
Antara Hati
RomanceKirana Sofia, hidupnya bahagia tanpa derita ditemani ayah, ibu dan abang yang sangat kasih padanya. Tapi dunia tidak akan selalu indah. Kirana Sofia hilang akal apabila dipinta ibu untuk berkahwin dengan abangnya sendiri. Gila?? Abangnya tidak pula...