8

324 20 3
                                    



Siaran di televisyen acap kali bertukar. Tiada yang menarik perhatiannya. Semuanya membosankan ! Ada drama melayu juga malas matanya mahu tonton. Nanti ada sahaja komen pedas yang keluar dari mulutnya. Langsung tiada originaliti dalam setiap cerita. Semua mahu ciplak atau adaptasi dari sebuah novel. Membosankan ! Gina mendengus kasar. Remote dia campak ke tepi. Melantun remote dua kali sebelum terjatuh ke lantai. Gina mengeluh.

"Amboi marahnya dia." Tegur satu suara dari arah belakang. Tersentak Gina. Ditoleh ke belakang. Dia tersengih bagai kerang busuk. Rambutnya yang ikal panjang mengurai itu dia tarik dan diletakkan pada wajah. Menyembunyikan wajahnya yang menawan berlesung pipit di pipi kirinya.

"Bosan lah Ayah..." Rajuknya.

"Bosan ke marah sampai campak remote ke bawah?" Tan Sri Borhan sudah duduk di sebelah anak tunggalnya itu. Anak kesayangan si jantung hati. Gina sahajalah tinggalan arwah isterinya. Gina dan cinta. Hanya dua itu sahaja yang masih kekal setia di dalam hatinya. Dahi Gina dia kucup lembut.

"Lambat Ayah balik. Gina tunggu ayah balik kat sini sambil tengok tv tapi takde satu pun yang best."

"Sorry, meeting dengan one of our important client. Kalau terlepas client ni habis lah ayah nak sara anak dara sorang ni takde duit." Dia cuba berseloroh.

"Gina rasa kalau ayah stop kerja pun duit dalam bank tu tak luak Gina guna." Gina menyengih.

"Yelah anak ayah ni.. Dah makan belum?" Soalnya. Bimbang juga kalau Gina menahan lapar kerana menunggunya pulang.

"Belum lagi! Gina tunggu nak makan dengan Ayah." Dia menipu. Walaupun sebenarnya dia sudah makan bersama Kirana tadi, namun rasa tidak seronok kalau seharian itu dia tidak dapat makan bersama dengan ayahnya. Rasa tidak lengkap.

Tekaan Tan Sri Borhan tepat. Dia mengeluh.

"Lain kali kalau ayah lambat balik macam hari ni Gina just eat okay. It's not good for your health sayang makan lambat macam ni. Gastrik lagi baru tahu." Tegur Tan Sri Borhan. Gina mengetap bibir.

"Dah jom makan. Ayah teman." Tahu anaknya mula memberi tanda rajuk dia cepat memujuk. Tangan anaknya dia tarik lembut. Menyuruhnya untuk bangun dari duduk. Gina tersenyum. Dia bangun dan memeluk lengan ayahnya. Mereka berjalan menuju dapur. Spaghetti bolognaise dan fries tersedia di atas meja. Gina membuka peti sejuk dan di ambil sekotak susu Dutch Lady dan dituang di dalam gelas, itu untuk dirinya. Satu gelas lagi dicapai dan dituangkan air sejuk di dalamnya. Itu untuk ayah.

"Gina dah masak. Ayah kena makan. Tak kira."

Tan Sri Borhan mengeluh namun Dia tersenyum lalu mengangguk. Turutkan sahaja kehendak anaknya. Kalau merajuk mahu seminggu tidak bertegur sapa. Sebiji ikut perangai ibunya!

Mereka mula makan dan bergelak ketawa. Itu lah keluarga Gina. Hanya dia dan ayah. Tiada ibu. Namun itu sudah cukup membahagiakan. Tiada apalagi yang perlu dia rungutkan. Semuanya sempurna. Dia bahagia hanya dengan ayah. Kalau nanti dia berkahwin, dia tekad untuk hidup bersama ayah dan suami. Kalau suami enggan, dia akan minta cerai. Ya, Gina tekad!

Runut bunyi telefon berdering. Gina terkejut kejap. Dia memandang ayahnya dan menyengih menampakkan barisan gigi putihnya.

"Sorry ayah, excuse me for a while.." Tan Sri Borhan mengangguk. Serta merta Gina berlari mencari telefon yang seingatnya dia campak di atas sofa. Jumpa!

Tertera nombor yang tidak dikenalinya. Dia mengeluh. Siapalah pula niii.. Rungutnya. Dia menekan butang merah. Malas mahu layan. Dia kembali semula kepada ayahnya.

"Siapa tu?" Soal Tan Sri Borhan sekembalinya Gina di tempat duduk. Gina mengangkat bahu.

"Tak kenal ayah. Malas nak layan." Jawabnya. Tan Sri Borhan mengangguk. Dia menyuapkan anaknya spaghetti. Itu sisa yang terakhir darinya. Memang kebiasaannya begitu. Memberi suapan yang terakhir pada anaknya. Entahlah, bagi dia itu adalah tanda sayang.

Antara HatiHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin