A/N: Hai pembaca-pembaca yang semakin merindui kehadiran diriku di dalam notifikasi korang semua, amacam? Nak mati cepat, ya? Jangan risau. Satu masa nanti kau dapat lihat aku membunuh seseorang di layar kaca tv engkau dengan menyiat-nyiat badannya tanpa henti lalu aku berikan ia kepada anjing-anjing yang aku bela. Dan, ketahuilah seseorang itu adalah KAU!
_________________________________________" Qu puteh, barulah putuh! "
" Eh, bodoh. Puteh ah bukan puteng! "
" Bahlol, jin gatal astaga. Puteh ah bukan puteng! "
Aku pandang mereka malas. Bukan apa, pasal benda remeh pun nak bergaduh ke?
" Kau pehal? " tanya Elly sambil menggigit ayam gorengnya.
" Entahlah, aku pun tak tahu. " balasku malas.
Sebenarnya, aku masih marah pasal tadi. Geram betul. Dia tak tahu betapa malunya aku tadi bila jatuh depan orang ramai. Tapi, dalam masa yang sama aku dapat rasakan yang jantung aku berdegup laju bila dekat dengan dia? Eh, tak mungkin. Aku masih marah dengan dia dan sebab itulah jantung aku berdegup laju bukan?
Aku menggigit kukuku. Satu habit yang menjadi kebiasaanku apabila gugup. Dahiku dikerutkan tanda tidak mengerti. Pipi sebelah aku kembungkan lalu memandang ke arah luar tingkap. Dia berada di situ. Kelihatan sungguh mempersona dengan peluh yang membasahi tubuhnya itu. Oh ya, dia juga merupakan kapten ragbi sekolah ni. And yeah, he's kinda hot.
Aku memerhatikan dirinya yang sedang menyuruh ahli pasukannya berlari bersamanya mengelilingi padang. Aku seakan terpaku dengan ciptaan tuhan yang satu ini. Aku ligat memerhatikannya sehinggalah dia menoleh dan mengunci pandangannya terhadapku. Aku membulatkan mata sementara dia hanya menyeringai tanda kemenangan. Pipiku mula memerah dan-
" Kau dah kenapa? " tanya Huda sambil meletakkan tangannya ke dahiku.
Aku cepat-cepat mengalihkan tangannya dari dahiku dan mula menatap ke arah luar tingkap sekali lagi. Dia dah mulakan lariannya dan tidak memandang lagi ke arah sini. Kenapa aku macam sedih ni? Tak cool ah begini.
" Aku tak apa-apa. Tapi, ada sesuatu yang mengganggu aku. " jawabku jujur.
" Apa benda yang 'ganggu' kau sangat? " tanya Zira.
" Erm, tentang sepupu lama atau korang semua boleh anggap musuh lama aku. "
" Apa yang 'sepupu kesayangan' akak dah buat? " tanya Yaya, polos.
" Dia hancurkan keseronokan zaman menengah rendah akak dengan fitnah akak benda tak baik sampailah akak rasa muak gila nak pandang muka dia. " jelasku tanpa berbasa-basi.
Sejujurnya, aku agak marah bila difitnah tanpa alasan atau pun sebab yang kukuh. Okay, aku sedar yang waktu aku menengah rendah aku ni agak menjengkelkan dan tak cukup matang tapi kenapa perlu terasa dengan apa yang aku tak tujukan pada dia? Kau tahu, dia fitnah aku macam-macam lepas itu buka aib aku secara halus walaupun sebenarnya kasar. Hati siapa tak panas?
" Habis tu nak buat apa? " tanya Ros sambil menjilat lolipopnya.
" Kemas barang korang semua, kita akan pergi ke Serawak dan buru pemangsa. Tambahan, kita akan bercuti! " kataku sambil tersenyum.
Mereka semua menjerit kegembiraan dan mula berlari-lari anak untuk masuk ke dalam kereta mereka. It's gonna be a really good holiday, isn't?
***
" Eh, bohsia. Nak pergi mana ni? " tanya Nurul.
Aku hanya berjalan lurus dan tidak menghiraukannya. Tujuan aku berjalan masuk ke blok pentadbiran ni untuk berjumpa dengan Cikgu Hamizah untuk memaklumkan yang aku dengan yang lain akan pergi ke Sarawak atas sebab yang terlampau mustahak. Aku tak tahu kenapa secara tiba-tiba aku boleh terserempak dengan budak-budak gedik ni.
YOU ARE READING
PISAU
Horror" Kata-kata itu lebih tajam berbanding mata pisau mahupun mata pedang. Sejujurnya, aku cukup muak dengan kata-kata sial yang keluar daripada mulut kau. Adakah kau pernah merasa badan kau disiat oleh pisau? Tak? Oh. Mari aku buatkan kau rasa bagaiman...