Bab 30

910 57 18
                                    

A/N: Hai. Masih hidup, hm? Tak sangka awak semua masih bernyawa. Pernah tak tertanya kenapa saya tak bunuh awak? Oh ya, tak pernah. Mungkin sebab saya sayang awak semua. Tapi, saya harap awak semua kawallah perangai tu. Jangan gembira sangat. Saya tak suka tengok orang gembira. Oh ya, lagi-lagi yang suka aniaya kaum yang lemah. Ah, bukan. Saya benci dengan orang yang rasa diri dia psiko sedangkan tidak. Jaga-jaga. Saya memerhati. Sekelip mata, awak boleh dibunuh. Uh uh, saya takkan bagitahu bila nak bunuh awak. Cuma, berjaga-jaga sebab saya sentiasa perhatikan awak semua dalam gelap.

****

" Sayang. "

Tanganku digerakkan secara perlahan-lahan. Kelopak mataku pula dibuka perlahan-lahan. Seketika rasa pening menujah kepalaku. Aku cuba untuk membangunkan tubuhku namun dihalang. Aku melihat gerangan yang menghalangku itu. Dia memakai baju t-shirt yang berwarna hitam yang nampak sesuai untuk lelaki yang berbadan sasa sepertinya. Tapi, pandanganku masih tertancap padanya. Pada wajahnya sebenarnya. Dia memakai topeng muka. Aku mengerutkan dahiku.

Dia hanya memandangku tanpa berkata apa-apa. Tanganku dicapai dan dielus perlahan. Aku hanya diam seribu kata. Aku dan dia bernafas secara teratur di dalam ruangan ini. Aku menelan ludahku perlahan selepas menangkap tatapan tajamnya itu ke arahku. Kepalaku ditundukkan. Mataku cuba diarahkan ke tempat lain. Aku bukan malu. Aku cuma terkedu. Mengapa lelaki ini bersusah payah menunjukkan kepada aku yang dia juga mampu membunuh sepertiku. Apa motif dia? Bukan, dengan lebih tepat lagi, apa yang dia nak daripada aku?

" Kau- "

Kata-kataku terhenti apabila tangannya menarik tanganku untuk berdiri dan mengikutnya pergi ke tempat yang ingin dia tuju. Aku hanya diam dan lantas mengikutnya. Kakiku yang tidak berlapik dengan apa-apa menyentuh lantai marmar yang dingin. Aku cuba menahannya untuk berhenti, namun dia masih meneruskan perjalanannya. Sekali lagi aku cuba untuk menarik hujung bajunya dan kali ini berjaya. Dia berhenti dan memandang ke belakang seketika.

" Sejuk. " gumamku lalu terus menundukkan kepalaku ke bawah.

Dia yang melihat ke arah pandanganku itu seakan-akan faham kerana tubuhku terus berada di dalam gendongannya seperti seorang bayi yang baru lahir. Tubuhku diangkat dan dibawa dengan berhati-hati. Gayanya ini mengibaratkan bahawa aku adalah bahan berkaca yang mudah pecah dan perlu dibawa dengan tertib sekali. Aku terkedu sekali lagi apabila dia mencium puncak kepalaku sambil mengumamkan senandung yang aku sendiri tak tahu. Kepalaku direhatkan di dada bidangnya itu.

Pintu berwarna hitam di hadapanku ini cukup menarik perhatianku. Aku lihat dia sedang membawaku menuju ke arah bilik tersebut. Aku tertanya-tanya apakah yang ada di sebalik pintu hitam itu? Adakah di sebalik pintu hitam tersebut, terdapat segala jawapan yang mampu menjawab persoalanku selama ini? Atau aku terlampau mengharap sangat dan hanya memberikan harapan palsu kepada diriku agar tidak terlalu kecewa jika tidak dapat mendapat jawapan yang aku mahukan?

Tangan yang besar itu terus membuka pintu tersebut. Gelap dan misteri. Dua perkataan yang dapat menggambarkan keadaan bilik tersebut. Aku menggeletar secara tiba-tiba. Aku dapat dengar dia mengekeh. Aku hanya mampu menutup mataku apabila dia mula melangkah masuk ke dalam bilik ini. Aku dengar bunyi suis dihidupkan namun aku tetap degil untuk membuka mataku. Dia hanya mengusap-ngusap rambutku perlahan-lahan.

" Bukalah mata. "

Aku terus membuka mata tanpa teragak-agak. Mataku terus terbuntang apabila melihat pemandangan yang cukup memualkan di hadapanku. Aku cuba untuk turun dari tubuhnya namun dia menahan tubuhku supaya tidak dapat digerakkan. Dia terus duduk di sebuah sofa yang berwarna coklat keemasan yang berada di ruangan tersebut. Aku memandang topeng yang dipakai oleh lelaki tersebut lama.

PISAUWhere stories live. Discover now