Bab 32

526 33 37
                                    

Aku terus melangkah laju ke arah McDonald. Mesti yang lain sudah menunggu. Kalau bukan sebab Ernie, aku takkan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan panggilan alam tadi. Baru sahaja melangkah masuk ke dalam restoran itu, aku disajikan dengan satu pemandangan yang agak menjijikkan.

Aku nampak apa?

Aku nampak Ernie tengah 'makan muka' seseorang dengan bibir merahnya yang menggeleber. Aku hanya mendengus. Tiba-tiba, pandangan kami bersua. Dia memberikan aku senyuman sinis sebelum aku tetap melangkah ke arahnya, kononnya. Padahal, meja aku dan sundal itu bersebelahan. Adakah ini takdir?

" Kenapa lama sangat? " tanya Ros selepas aku mengambil tempat di sebelahnya.

"  Well, tadi aku terjumpa dugong menyalak depan jamban yang halang jalan aku. Itu yang jadi lambat sikit. " jawabku sambil tersenyum sinis lalu menjeling ke arah Ernie.

Ernie yang mendengarkan kata-kataku terus mendengus dan menghempas kerusi di hadapanku. Aku hanya memandangnya dingin. Dia terus menghempas meja kami sekuatnya. Elly dan Ira sempat melatah.

" Ni har? " tanyaku dalam bahasa bidayuh dengan muka yang tenang.

" Ni har? Apa masalah kau hah, perempuan? " jeritnya.

Aku cuba menjeling ke arah teman lelaki Ernie. Oh, Frank. Masih belum 'arwah' lagi hubungan mereka ni, erk?

" Nothing. " jawabku sepatah.

" Dugong tu apa sundal? Kau ni kalau dari dulu memang jenis yang suka tolong kawan baik rampas janta- "

Aku terus menarik kolarnya sebelum berbisik, " Kau tahu mana nak cari aku. "

Aku terus melepaskan kolarnya. Aku dapat lihat terlampau banyak mata yang memerhati dan aku takkan ambil risiko untuk lancarkan aksi kesukaanku di sini. Dia hanya terdiam seribu kata. Tanpa berlengah, aku terus mencapai beg ku dan menyuruh teman-temanku untuk berlalu pergi tanpa membungkus sebarang makan. Hakalah, tak apa. Dalam perjalanan nanti bolehlah singgah mana-mana kedai makan untuk beli makanan.

Buat masa ini, aku kena tenangkan diri dulu sebelum beraksi.

****

" Siapa perempuan tadi, kak? " tanya Yaya kepadaku.

" Oh, kawan lama akak dulu. Walaupun tak pernah bertegur tapi dia pergi target kawan akak dengan akak sebab kononnya dia rasa kawan akak nak rampas teman lelaki dia. Padahal, perempuan tadi itu yang mula merampas. " jelasku sebelum menyambung menghirup kuah laksa sarawak.

" Jadi, dia ini berpura-pura macam dia pihak yang teraniaya? " sambung Yaya.

" Haa, pandai pun. Walhal, dia yang bersalah. Tapi, lantaklah. Habis makan nanti, akak nak keluar. Ada benda nak buat. " kataku sebelum menyambung makan.

Yaya hanya menganggukkan kepalanya.

" Oh ya, jangan bagitahu sesiapa yang akak pergi keluar. Nanti ada sibuk nak ikut. Lepas tu, pagi nanti mulalah liat sangat nak bangun. " pesanku.

Yaya hanya mengumamkan 'ya' lalu naik ke katilnya untuk tidur. Aku agak beruntung sebab sebilik dengan Yaya. Kalau sebilik dengan yang lain, mesti semua pakat nak ikut aku pergi bunuh orang malam ini. Haih, apalah nasib.

Selepas memastikan aku serba hitam dari atas hinggalah bawah, aku terus menutup pintu bilik hotel dengan berhati-hati lalu terus menaiki lif untuk ke lobi hotel. Aku dapat lihat pekerja di bahagian penyambut tetamu memandangku hairan. Siapa sahaja yang tak pelik bila tengok perempuan berani keluar seorang diri pada pukul 12:30 malam?

Hm, sebenarnya tak pelik pun. Tapi, dia kena tahu perempuan yang satu ni tak takut keluar malam sebab dia selalu bunuh orang pada waktu-waktu macam ini!

PISAUWhere stories live. Discover now