BAB 12

92 6 1
                                    

Suasana yang sepi bagi dua pasangan yang sering bermasalah ini. Hari ini Ren duduk diam-diam di tempatnya tanpa mengganggu Zulaikha di sebelahnya. Mungkin kerana takut ditampar lagi. Zulaikha pula asyik menjeling ke arah Ren sambil berfikir, "Pelik. Selalu dia tak reti duduk diam. Hari ni pandai pula dia duduk diam. Ada gam ke dekat kerusi dia tu?"

Tiba-tiba, Zulaikha bangun. "Cikgu, saya nak pergi tandas." Pintanya kepada Cikgu Idrus.

"Pergilah. Jangan lama-lama sangat. Nanti ada kepala dekat tandas tu." Sakat Cikgu Idrus. Satu kelas ketawa dengan lawak hambar pak ciknya.

"Tak apa. Allah ada." Bidasnya. Masing-masing terdiam. Zulaikha mengatur langkah keluar dari kelas lalu menuju ke tandas yang terletak di hujung tingkat dua bangunan tiga tingkat ini.

Selepas sepuluh minit berlalu, Ren mengangkat tangan. "Cikgu, nak pergi tandas." Pintanya.

"Cikgu tak nak pergi tandas. Kamu je la pergi." Jawabnya dengan jawapan bodoh lagi. Ren mengendahkannya dan berlalu pergi.

Ketibaan Ren di hadapan pintu luar tandas tepat pada masanya. Ketika ini Zulaikha telah keluar dari tandas perempuan. Ren melabuhkan tapak tangan kirinya pada dinding yang menjadi pemisah antara tandas perempuan dan tandas lelaki. Zulaikha terkejut lalu berhenti.

"Kau nak apa?" Soalnya dengan tegas.

"Aku nak kau." Ujarnya tanpa berfikir panjang.

"Ha? Kau nak pelempang lagi?" Sengaja dia pekakkan telinganya.

"Bukanlah. Aku nak..."

"Zulaikha."Panggil seseorang dari belakang Ren.

Zulaikha melihat ke belakang Ren. Senyuman gembiranya mula terukir. "Zay. My old friend. Bila balik Acheh? Tak beritahu aku pun. Ada ole-ole untuk aku tak?" Soalnya dengan teruja.

Ren mengetap giginya. "Kacau betul la mamat samseng ni. Time-time ni la dia nak muncul." Bengang Ren.

"Mestilah ada. Khas untuk gadis kesayangan aku." Ujar Zaihareez.

Ren tersentap mendengarnya. "Zu, malam ni ada kelas PP dekat kelas pukul 8 malam. Jangan tak datang pula." Ujarnya pantas sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

"Apahal dengan dia tu? Bengang semacam je." Soal Zaihareez sambil menghampiri Zulaikha.

Pandangan Zulaikha tertumpu kepada Ren yang semakin melangkah jauh darinya. "Red moon agaknya."

"Lelaki mana ada red moon la bodoh. Ke kau yang red moon tu?" Sakat Zaihareez.

"Cis, kau dengan dia tu sama je la. Sama-sama jantan. Sama perangai. Sama-sama ting tong ting tong kring kring krik krik PANG!"

"Apa benda tu? Pelik semacam je bunyinya."

"Muka minta pelempang." Ujar Zulaikha dan berlalu pergi dari situ.

"Kenapa aku kena marah? Apa salah aku? Sedihnya.Baru ingat nak ajak makan kuih Acheh sama-sama. Dah kena marah." Keluhnyasambil melangkah masuk ke tandas lelaki

Rahsia Antara Situasi Ini SelesaiWhere stories live. Discover now