BAB 11

81 6 0
                                    

Alunan lagu Ruang Rindu nyanyian Letto kedengaran dari jauh. Adi berlari dari dapur lalu menuju ke ruang tamu. Telefon pintar jenama Oppo keluaran baru dicapainya lantas dia menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil yang tertera pada skrin telefonnya.

"Assalamualaikum, Abang Adi?" Sapa si pemanggil sebelum sempat Adi menyapanya terlebih dahulu.

"Waalaikummusalam, Zulaikha sayang. Apa khabar? Sihat ke adik abang dekat sana?"Adi mengambil tempat di salah sebuah sofa yang berada di ruang tamu tersebut.

"Sihat, alhamdulillah. Abang macam mana? Dengar cerita nak balik esok. Abang Rey ikut juga ke?" Soalnya bertubi-tubi.

Adi tergelak kecil. "Tak sabar-sabar nampaknya adik abang ni. Ya la. Tak akan abang nak tinggal dia dekat sini sedirian. Tak lengkap hidup abang nanti. Tapi macam mana Zulaikha tahu tentang itu? Dia beritahu ke?"

"Tak la. Mama yang beritahu tadi. Abang balik nanti datanglah ke sekolah adik. Mengajar dekat sini pun boleh." Kedengaran tawaan di sebalik sana.

Adi menghela keluhannya. "Abang ni apalah sangat setakat jadi cikgu Bahasa Melayu je. Lain la Rey tu, cikgu Biologi."

"Abang ni. Bahasa Melayu tu bahasa ibunda. Apa la abang ni. Bukan senang nak ajar bahasa ni. Abang ni dikira hebat tahu tak. Nanti boleh la jadi cikgu idola dekat sini."

Wajahnya mula berona apabila mendapat pujian daripada Zulaikha. "Ada-ada je la, adik ni. Adik dekat mana tu? Dah balik rumah ke?"

"Ada dekat asrama lagi. Minggu ni tak balik. Sedihnya. Malam ni ada kelas lagi. Ni tengah tunggu kawan-kawan datang kelas." Jelasnya.

"Duduk sedirian dalam kelas la ni?" Soalnya dengan nada serius,

"Ya."

"Ish, kan abang dah pesan sebelum ni. Jangan suka duduk sorang-sorang, bahaya." Nasihat Adi.

"Ala, relax la abang. Ni sekolah la. Mana ada orang nak kacau." Sikap degil ni la yang buatkan Adi risau akan adiknya.

Adi mengeluh selepas mendengar kata-kata degil adiknya. "Kau tu perempuan, adik oi. Kalau lelaki abang tak kesah sangat."

Sementara itu, Ren masuk ke dalam kelas secara perlahan-lahan lalu berdiri di belakang Zulaikha. "Assalamualaikum, Puteri Zulaikha Binti Zakri." Bisik Ren pada telinga kanan Zulaikha.

Zulaikha tersentap. Dalam fikirannya, "Malam ni malam Jumaat. Ada hantu. Tapi mana ada hantu beri salam." Lantas dia berpaling ke belakang."Ren?"

Ren senyum kambing. "Zuzu~"

Zulaikha menepuk lengan kiri Ren kerana geram. "Ish, hantu betul la jantan ni. Buat terkejut aku je. Nak beri salam pun jangan la bisik dekat telinga aku."

Ketika ini Adi mendengar perbualan adiknya dengan seseorang yang tidak dikenali itu kerana talian tersebut masih berhubung. "Jantan mana pula dekat dalam kelas tu?" Fikir Adi.

Zulaikha kembali ke posisi asalnya. "Hello, abang." Sapanya untuk mendapat kepastian bahawa abangnya masih dalam talian.

"Malam ni malam Jumaat." Beritahu Ren kepada Zulaikha.

"Aku tahu la." Jawabnya angkuh.

"Malam Jumaat. Malam Jumaat." Bisik Ren lagi pada teling kanan Zulaikha lagi.

"Malam Jumaat?" Zulaikha baru tersedar tentang maksud malam Jumaat tu lalu dia melihat ke arah Ren yang berada di sebelah kanannya. Senyuman yang terukir pada wajah Ren masih tidak luntur. Wajah Zulaikha mula berona. Manakala, telefon bimbitnya masih diletak pada telinga kirinya.

Zulaikha menelan air liurnya kerana gerun dengan pandangan Ren terhadapnya ketika ini. Fikirannya mula menerewang ke arah negatif. "Ren." Panggilnya lembut.

"Ya. Kenapa?" Soal Ren yang semakin hampir.

Sekelip mata sahaja pipi kanan Ren ditampar oleh Zulaikha. "Hampeh punya jantan. Ada hati nak takutkan aku. Kan dah makan penampar. Nak sangat. Sedap?" Bengang Zulaikha. Ren pula mengerang kesakitan. Lekat cop mohor lima jari.

"Zulaikha. Jantan mana dengan kamu tu?" Soal Adi tetapi tiada jawapan kerana telefon Zulaikha diletak pada sisi.

"Zulaikha! Berani betul kau tampar aku. Kau ni memang nak kena. Kau..." Ren kepeningan lalu terundur ke belakang dan terduduk di atas meja.

"Kuat gila penampar dia ni." Fikir Ren sambil memegang pipinya.

"Eh? Mampus aku. Lebih baik aku lari." Zulaikha segera keluar dari kelas tersebut apabila dia sedar akan kesilapannya.

"Kau ke mana, ha? Zulaikha!" Panggil Ren sambil menyentuh pipinya yang kemerahan itu.

Rahsia Antara Situasi Ini SelesaiWhere stories live. Discover now