BAB 5

96 6 0
                                    

Hari ni aku berniat tak nak pergi ke sekolah sebab aku takut terhadap Ren. Sudah la dia duduk dekat sebelah aku dalam kelas tu. Macam mana aku nak pergi sekolah esok? Kalau nak tukar tempat mesti budak lain tak setuju. Tak ada ke orang yang berhajat nak duduk dekat sebelah dia? Dah lima bulan aku duduk dekat sebelah dia, rimas betul.

Tiba-tiba pintu bilik aku dibuka. Aku yang berbaring di atas katil terkejut lalu berpaling ke arah pintu bilik itu. Pengawas asrama rupaya. Buat terkejutkan aku je.

"Kenapa kak tak pergi ke sekolah. Dah lambat ni." Dia masuk ke dalam bilik aku.

"Tengah sakit kepala ni. Rasa macam nak demam. Baru lepas makan ubat." Malas aku nak layan junior ni.

"Tapi hari ni ada majlis penting. Semua pelajar wajib datang." Jelasnya.

Masa-masa macam ini la ada majlis penting. Malas betul aku nak pergi sekolah.

Perlahan-lahan aku bangun dan duduk di atas katil. "Saya bersiap-siap sekarang. Kamu tu cepat la pergi. Nanti lambat pula."

"Kak tak apa-apa ke? Nak saya suruh cikgu hantar pergi hospital?"

"Tak payah la. Menyusahkan cikgu pula nanti." Aku berdiri dan mencapai tudung berwarna biru laut lalu memakainya.

"Kalau macam tu saya pergi dulu. Hati-hati." Pengawas tu segera pergi dari bilik aku.

Malasnya pergi sekolah.

Loceng detik 7:30 pagi baru berbunyi. Nasib baik aku tak terlambat. Langkahku terus menuju ke kelas. "Assalamualaikum." Salamku kepada warga kelas.

"Waalaikummusalam. Eh, kenapa kau lambat. Selalu kau awal daripada aku." Soal Liana yang duduk berhampiran pintu kelas.

"Aku pening kepala sebab tu lambat." Jawabku sambil berjalan menuju ke tempat duduk aku. Setibanya aku di tempat duduk, pandangan aku terus terarah ke kanan di mana mamat sengal tu duduk.

Menyeramkan. Dah la aku cari pasal dengan dia semalam.

"Kau tengok apa tu?" Soal suara lelaki dari belakang aku.

Aku terkejut. Perlahan-lahan aku berpaling ke belakang. "Murshidi? Kau ni buat terkejut aku jela." Bengangku.

Dia berjalan menuju ke tempat duduknya di sebelah kanan Ren. "Tunggu kapten sampai ke?" Perlinya.

Aku mengambil tempat di tempat duduk aku. "Mana ada. Buat apa aku nak tunggu dia. Dia bukan orang penting pun. Kalau dia tak datang lagi bagus. Aman hidup aku."

Murshidi ketawa. "Ya la tu."

"Ren bagi la balik. Aku tak habis main lagi. Wei. Tu game online. Malu la kalau aku kalah."

Kenapa pula Rais tu? Ren ni suka sangat buli orang. Kawan sendiri pun kena juga.

"Kalau kau nak phone ni semula, kau kena belanja aku makan KFC balik karang. Okey?" Ujarnya sambil mengangkat phone Rais tinggi daripada kepalanya.

"Ya. Aku belanja kau. Tapi bagi dulu phone aku." Pinta Rais dengan wajah sedihnya.

Selamba dia berjalan ke tempat duduknya. "Balik karang aku bagi."

"Ren. Bagi la dulu phone aku tu." Rais mengekori Ren sambil merayu. Kejamnya mamat ni.

Tiba-tiba, Ren melihat ke arah aku. "Kau? Aku ingat kau dah tak berani datang." Wajah dingin dia muncul lagi.

"Oi, kalau nak bergaduh balik rumah la. Masalah rumah tangga selesaikan dekat rumah bukan dekat sekolah." Sampuk Murshidi.

Aku berdiri secara tiba-tiba. "Sejak bila pula aku jadi bini dia? Tak ingin aku." Lantas aku berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut.

"Marah betul dia." Ujar Khai yang duduk di tempat duduk hadapan Ren.

"Red moon agaknya." Selamba Ren berbicara. Aku dengar tu. Macam mana dia tahu?

"Kaisarah~" panggilku apabila melihat Kaisarah melangkah masuk ke dalam kelas.

"Good morning my friend. Kenapa pelik semacam je kau hari ni? Tak sihat ke? Tiba-tiba je panggil aku macam tu. Atau kau dah berjangkit dengan mamat dekat sebelah kau tu?"

Kenapa semua orang suka kaitkan mamat tu dengan aku?

"Sarah, masih suka Ren,kan? Kau nak tak kalau aku tawarkan tempat duduk aku tu untuk kau. Aku dah rimas dengan mamat tu." Itulah tujuan sebenar aku.

"Betul ke? Kau tak main-main?" Soalnya untuk mendapat kepastian.

"Ya. Aku serius."

"Terima kisah banyak-banyak." Ucapnya dengan gembira.

*****

"Masa berlalu dengan pantas. Rasa selesa sikit bila duduk jauh daripada Ren. Tapi macam mana pula dengan esok?" Fikirku sambil mengatur langkah menuju ke perpustakaan.

Secara tiba-tiba, perjalanan aku dihalang oleh seseorang ketika menuju ke arah tangga perpustakaan. "Seronok dapat duduk jauh daripada aku?"

Ren? Macam mana dia tahu aku ada dekat kawasan ni?

"Ya. Seronok sangat. Tak payah la aku ambil tahu pasal kau yang selalu tidur dalam kelas tu. Tak payah la aku kejutkan kau selalu. Mengganggu aku belajar je." Walaupun masih cuak dengan dia tetapi aku cuba beranikan diri.

Ren menghampiri aku dan melabuhkan kedua-dua tapak tanganya pada dinding di bawah tangga. "Kau tahu tak, Sarah tu dah seksa aku hari ni. Dia tu tahu bercakap tak henti-henti. Aku rasa macam nak stepler je mulut dia tu. Kejap-kejap panggil aku. Aku tak suka la minah tu. Kau duduk la dekat tempat kau semula."

"Kalau kau nak tahu. Kau dengan dia tu sama je. Kalau kau duduk dengan dia kau rasa macam tu sama la kalau aku duduk dengan kau, aku pun rasa macam tu juga. Tak selesa." Bidasku.

"Ke kau sukakan aku?" Kali ni gilirkan aku pula yang cakap macam tu. Dia terkedu.

"Cis, tak mungkin la aku sukakan kau. Lagi pun aku cuma anggap kau ni macam...."

"Macam apa? Mak kau yang pagi-pagi kejutkan kau bangun tidur tu?" Sakat aku.

"Kau ni kan. Aku tak habis cakap lagi la." Bengangnya dengan wajah berona. Yang peliknya telinga dia pun merah juga.

Aku terketawa. Dia pula terkedu. "First time aku tengok telinga kau merah macam.... comel je." Sakatku.

"Blah la kau." Dia beredar dari situ selepas berkata sedemikian.

Betul ke apa yang dia cakap tadi? Dia sukakan aku ke? Atau dia saja je.

Rahsia Antara Situasi Ini SelesaiWhere stories live. Discover now