"Haih , kau ni tak habis habis menyusahkan aku kan . Kalau sehari tak susahkan hidup aku memang tak sah kan" bebel Puan Kirana aka ibu tiri kepada adlyin . Seorang gadis kecil berusia 14 tahun kini hidup dalam kemurungan selepas kematian ayah kesyangannya , Jefri .
' Papa , ad nak jumpa papa , ad rindu papa sangat , kenapa papa tinggalkan ad dengan makcik puaka ni , ad rindu nak manja dengan papa ' sayu hati adlyin mengenangkan peristiwa hitam dan pahit yang pernah menghantui dirinya sewaktu dia berusia 10 tahun . Satu kemalangan yang kadang kadang dirasakan seperti ada sesuatu di sebaliknya yang dirahsiakan . Peristiwa dimana ayahnya yang meninggal dunia akibat sesak nafas . Ayahnya ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan oleh seorang pemuda yang lalu lalang di kawasan hutan yang agak terpencil di bandar itu . ' bagaimana boleh ada racun dalam aircond kereta papa? 'persoalan yang tidak pernah terjawab sejak 4 tahun yang lalu .
"Kau termenung ape lagi tu ? Aku suruh kau buatkan aku kopi kan ? Kau ni pekak ke ape !?" Jerit Puan Kirana setelah melihat anak tirinya yang termenung mengingatkan peristiwa hitam itu .
"Maaf mama , ad teringatkan papa tadi " kata adlyin seraya menghulurkan secawan kopi yang dibancuhnya dengan geram sebentar tadi .
"Puihh , kau buat kopi apa masin macam ni !? Kau saja nak aku mati macam bapak kau tu kan ?! Kau ingat senang senang nak matikan aku ha !? Dasar anak yatim piatu bodoh !" Pekik Puan Kirana menepis bahu anak tirinya itu .
"Aduh , sakit mama ." Rintih adlyin sambil mengusap lembut kaki nya akibat terjatuh dek tolakan kejam ibu tirinya itu . Pipinya mulai dibanjiri air mata yang melihatkan seribu dukacita . Adlyin bingkas bangun lalu berlari selaju yang boleh keluar dari rumah yang dulunya dianggap seperti syurga namun kini hanya seperti neraka dunia .
"Kau nak pergi mana ha budak bodoh ?! Tengoklah aku tak bagi kau masuk malam ni , tidur lah kau kat luar . Biar mati lagi bagus . Aman hidup aku " kata Puan Kirana yang masih boleh didengari oleh adlyin membuatnya semakin sedih .
-------------------------------------------------------
" Papa , kenapa papa kahwin dengan mama Kirana ? Ad tak sanggup hidup lagi dengan papa dah takde , ibu pon dah takde . Kenapa tak bawak ad pergi sama ? Boleh kita hidup bahagia kat sana " kata Adlyin sambil menatap gambar yang disentiasa berada didalam poketnya . Air mata deras jatuh membasahi bumi yang penuh dengan kederitaan .
' takpe saya ada , saya boleh teman awak mulai sekarang ' Adlyin segera menoleh ke kiri dan ke kanan namun tiada kelibat yang dilihat .
"Siapa tu ? " jerit kecil dari Adlyin namun tidak bersahut . ' ah mungkin aku mamai kot , maklumlah penat buat kerja rumah dari pagi . Sekarang baru boleh rehat . Nasiblah aku tidur luar malam ni . Atlease aman sikit ' desis hatinya seraya melepaskan keluhan yang panjang .
"Papa !! " pekik Adlyin yang terjaga dari mimpinya . Air mata terus jatuh mambasuh kerinduan hati . Dia bermimpi peristiwa ayahnya ditimpa kemalangan yang berlaku 4 tahun yang lepas . Mimpi yang gemar menjadi loceng buatnya untuk terjaga di tengah malam . Namun mimpi kali ini lain sedikit . Ade kelibat wanita cantik berada di sebelah pokok yang berlanggar dengan kereta ayahnya . 'Siapa wanita itu ? ' timbul lagi satu pertanyaan dalam kamus hidupnya .
ŞİMDİ OKUDUĞUN
Bulan , bintang , sayang .
FantasyHye alls . This story bout fantasi n real life . Bout sadness , happiness n love Kadang sampai tak boleh terima logik akal . Who cares ? hope enjoy it