4. Adakah Nabi Menyebut Ummati, Ummati Ketika Semasa Nazak?

405 22 0
                                    

Soalan:

Ada orang kata hadis berkenaan >Ketika Rasulullah kian wafat baginda SAW menyebut " umati, umati, umati " di pangkuan isteri tercinta Saidatina Aisyah r.a ..< adalah hadis palsu? Betul ke? Selalu dengar hadis ni, takkan palsu?

________________

Ad-Dien menjawab:

Ya Rasulullah ketika wafatnya memang disisi Aisyah isterinya dan baginda tidak menyebut Ummati, Ummati, Ummati (Ummatku) sebagai yang didakwa sebahagian masyarakat. Tidak semestinya ramai orang yang bercakap berkaitan sesuatu perkara itu, bermakna perkara itu sahih/ betul. Ramai bukanlah hujjah atau bukti ianya benar.

Adapun perkara berkaitan ini diriwayatkan dalam Sahih Al-Bukhari, diriwayatkan dari Aisyah sendiri ketika rasulullah sedang wafat dan baring di ribanya:


حدثنا أبو اليمان أخبرنا شعيب عن الزهري أخبرني عروة ابن الزبير أن عائشةقالت : كان رسول الله صلى الله عليه و سلم وهو صحيح يقول (إنه لم يقبض نبي قط حتى يرى مقعده في الجنة ثم يحيا أو يخير ) . فلما اشتكى وحضرهالقبض ورأسه على فخذ عائشة غشي عليه فلما أفاق شخص بصره نحو سقف البيت ثم قالاللهم في الرفيق الأعلى

"Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah SAW dalam kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda berada di atas peha 'Aishah dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung rumah lalu menyebut: "ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (YA ALLAH! PADA TEMAN YANG MAHA TINGGI)". [Riwayat Al-Bukhari no. 4173]

Wallahua'lam.

Dijawab pada 19/11/2013 | Selasa

Ad-Dien Q&A (Al-Quran & Hadith)Where stories live. Discover now