3. Cara Mengesan Hadith Palsu

485 16 0
                                    


Soalan:

Macam mana nak tahu hadis tu palsu atau tak?

________________

Ad-Dien Menjawab:

Ada beberapa cara untuk mengetahui hadith itu palsu atau tidak.

1. Menyemak sendiri sanad (rantaian perawi/chain of narrators) sesebuah hadith itu. Dari situ kita dapat tahu perawi didalamnya ada yang pemalsu hadith atau tak. Hal ini hanya dapat dilakukan oleh mereka yang arif dalam bidang hadith boleh rujuk para ulama' hadith yang arif insyaAllah.

2. Menyemak hadith itu dalam buku-buku yang memuatkan hadith-hadith palsu yang pernah dijumpai sepanjang zaman. Dalam bahasa Arab, kitab jenis ini dipanggil Al-Maudhu'at. Ulama telah berusaha mengumpulkan dan merekodkan hadith-hadith yang disahkan palsu oleh ulama' hadith supaya orang ramai dapat mengetahui kepalsuannya. Ini cara termudah untuk kita mengetahui hadith-hadith yang telah dinilai palsu oleh para ulama' hadith silam.

3. Jika tidak memiliki kitab hadith yang mengumpulkan hadith palsu, maka boleh semak sendiri tanda-tanda kepalsuan pada matan (teks) hadith itu. Kebiasaannya hadith palsu boleh dikesan kerana ciri-ciri matannya seperti berikut. Antara tanda-tanda sesebuah hadith itu palsu yang disebutkan oleh para ulama' ialah:

A. Hadith itu bertentangan dengan Al-Quran dan ijmak (kesepakatan) ulama'. Contoh; Dunia ini dijadikan atau akan kiamat pada tarikh sekian-sekian sedangkan ianya tidak disebutkan di dalam Al-Quran bahkan sepakat para ulama' bahawa hanya Allah yang mengetahui bila berlakunya kiamat.

B. Hadith yang bertentangan dengan logik akal, fakta ilmiah, atau ada unsur mengarut, contoh; Siapa bela ayam putih, tidak akan terkena sihir padanya.

C. Hadith yang menunjukkan kelebihan atau kehinaan aliran/puak tertentu. Contoh; Tidak ada bangsa yang lebih baik dan mulia selain bangsa Arab. Hadith-hadith palsu sebegini banyak dibuat oleh golongan pentaksub untuk menguatkan aliran mereka dan memburukkan/menjatuhkan aliran yang tidak selari dengan mereka.

D. Hadith yang menyebutkan amalan yg kecil tapi ganjarannya terlalu besar dan melampaui batas. Atau dosa kecil tapi azab yg terlalu besar dan melampau batas. Contoh; Siapa yg puasa pd hari sekian-sekian, ganjaran umpama pahala ibadah para nabi dan orang mati syahid.

atau;

Siapa yg tidak puasa ramadhan, tidak diampunkan dosanya dan akan kekal dalam neraka.


Ada banyak lagi tanda lain, tapi cukuplah asasnya setakat itu.


Wallahua'lam

Dijawab pada 13/11/2013 | Rabu

Ad-Dien Q&A (Al-Quran & Hadith)Where stories live. Discover now