2. Bolehkah Share Hadith Tanpa Sanad?

592 22 1
                                    


Soalan:

Boleh ke share hadith tanpa sanad hadith tersebut?

________________

Ad-Dien Menjawab:

Tak mengapa jika tidak sertakan sanad penuh sesuatu hadith. Namun, untuk mengelakkan salah faham, penipuan dan rujukan bagi mereka yang mampu untuk membuat semakan maka hendaklah diletakkan perkara berikut:

1. Awal sanad iaitu siapa nama sahabat yang meriwayatkannya. Contohnya; Diriwayatkan oleh Abu Hurairah atau Ibn Abbas atau mana-mana sahabat Nabi yang lainnya.

2. Mukharrij hadith iaitu orang yang merekodkan hadith itu dalam kitab mereka contohnya Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi dan lain-lain.

3. Untuk lebih baik dan jika mampu, sertakan sekali nombor hadith atau babnya dalam kitab asal supaya mereka yang berkebolehan, mudah untuk semak semula. Jika tidak mampu, maka cukup dua syarat diatas.

Contoh cara menulis hadith yang baik seperti berikut:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik (Sahabat Nabi) bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berkata:

"Permudahkanlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari menjauh."

[Riwayat Al-Bukhari no. 52; Muslim no. 3262] (Mukharrij hadith beserta nombor hadith)


Wallahua'lam

Dijawab pada 13/11/2016 | Rabu

Ad-Dien Q&A (Al-Quran & Hadith)Where stories live. Discover now