Aku ada seorang atuk saudara
Dari aku kecik dia berjasa
Walaupun dia kurang upaya
Namun dia berjasa lain cara
Baju dilipat tanpa arahan
Ibu kata orang macam dia
Ahli syurga
Tanpa hisab
Namun sekarang lain ceritanya
Tiada dayanya lagi untuk berjasa
Tiba masa giliran aku pula
Untuk menjaga
Makan pakai semua
Sekarang
Matanya sudah tidak boleh diguna
Apa yang tinggal hanya mata hati
Hendak berjalan dipapah pasti
Disorong mesti
Aku bertekad untuk menjaga
Kerana mungkin juga ini rupa kita di hari tua
Lemah tidak berdaya
Dan tiba-tiba hari ini rasa itu tiba
Aku harap ia hanyalah perasaan sahaja
Dan aku tak mahu mengharapkan apa-apa kebetulan
Harapnya
YOU ARE READING
e
PoetryKisah hati siapa sahaja yang sudi? Lebih-lebih lagi bukan kisah bohong dongeng fiksyen.