Semakin lama aku di alam ciptaan manusia ini
Semakin aku perasan
Bila ada benda yang dihebohkan
Benda yang sama
Dikitar semula
Ada yang tiru bulat-bulat
Ada yang pandai sikit dia ubah perkataan
Lepas tu
Ada yang perasan benda tu sama
Dan menghebohkannya lagi
Dan para pejuang papan kekunci
Sentiasa bersedia membuat spekulasi
Bukan apa
Aku tak kisah kalau benda tu benda baik
Beri faedah
Cuma terkadang
Perkara yang sama itu diulang
Bukan untuk menyebar
Walaupun aku cuba untuk husnudzon
Namun ada yang menidakkan
Terkadang apa yang ditagih mereka bukan pahala
Namun ia juga bukan dosa
Mereka mahukan mata
Ya
Mata-mata keranjang
Yang berfikiran songsang
Dan berteguh dengan ideologi karat
Ditambah dengan kekuatan semangat kekitaan
Mana tak pecah bumi
Jikalau penduduk di dalamnya sendiri berpecah
Itulah
Terkadang
Aku cuma terfikir
Ini ke tujuan hidup?
YOU ARE READING
e
PoetryKisah hati siapa sahaja yang sudi? Lebih-lebih lagi bukan kisah bohong dongeng fiksyen.