Susah

92 16 0
                                    

Seketika aku terfikir

Tak boleh ke aku nak jadi remaja normal?

Bebas dengan rakan rakan lain

Hangout sana sini

Lepak ke sana ke mari


Tapi bila aku fikir balik

Tak cukup lagi ke aku susahkan ibu ayah?

Tak cukup lagi ke diorang berpenat lelah kerana aku?

Ditambah dengan kos perubatan,

Nak disalahkan siapa?

Kalau hanya Allah yang Maha Berkuasa

Ibu dan ayah kerja tapi aku sibuk menghabiskan duit tanpa sedar

Bukan aku yang mintak jadi begini

Cuma ketentuan Ilahi.

Setiap kali melihat ibu sibuk membanting tulang

Hati aku tersentak

Kenapa sebab aku?

Kenapa sebab aku, ibu dan ayah kena berpenat?

Kenapa?

Dan setiap kali itu jugalah

Aku mahu menangis

Tapi dah kekeringan air mata

Aku harap 

Supaya dipanjangkan umur aku, ibu dan ayah 

Aku nak balas balik 

Walaupun hanya sedikit jikalau dibandingkan dengan pengorbanan mereka

Aku akan usaha

Terima kasih, Ibu dan ayah

eWhere stories live. Discover now