DIRIKU

237 23 0
                                    

#IMAGINASIII IMAGINASIII

"Niaaa niaaaa... Bangun dah kiraan dah ni. Ahh susahnya nak kejut kau. Kita dah lambat dah ni.." kata Syasya. Oh ya, Syasya tu bedmate aku yang tercinta. Setiap pagi orang yang kejut aku, dialah. Setia kan? Haha. "Ha? Dah kiraan? Biar betul. Aku rasa sekejap je aku tidur. Haa nasib kau ada. Jomlah kita siap cepat. Nanti kena tulis nama dengan akak LDP pulak." sahut aku. Aku dan Syasya berjalan dengan pantas menuju ke surau untuk menunaikan solat fardu subuh.

Di sini lah setiap insan dididik untuk menjadi yang lebih baik lagi. Ya, di asrama. Dulu perangai aku agak teruk jugak. Tapi bila aku masuk ke sini, aku rasa aku menjadi lebih baik dari yang dulu. Okay, selepas sahaja habis menunaikan solat fardu subuh secara berjemaah, aku pantas menuju ke aspuri dan tidak menuju ke DM kerana aku hendak cepat. Ahh stress sungguh. Kalau boleh, setiap pagi waktu sebelum kiraan solat subuh aku akan bangun lewat dan itu menyebabkan aku tidak sempat mandi.

Aku terus mengambil tuala dan bakul kecil yang berisi berus gigi, ubat gigi, syampu, pencuci muka, serta benda yang diperlukan. Ahh leganya aku, akhirnya dapat jugak aku mandi. Aku bergegas mandi lalu menuju ke bilik dan bersiap. Ahhhh, aku hampir terlupa yang aku belum gosok tudung lagi. Nasib hari ni pakai baju sukan. Aku memakai baju dan seluar lalu terus pergi ke bilik pelbagai. Huhhh. Nasib tidak ramai orang. Lalu aku pun meminta after akak BWP. Nasib aku sempat gosok tudung.

5 minit berlalu dan bunyilah kiraan seperti "ASPURIII DALAM KIRAAN SEPULUH BLOK MESTI CLEAR, SEPULUHHH" Haha. Bahagia sangat dengar kiraan tu. Aku pun tidak tahu kenapa. Mungkin tidak sabar hendak berjumpa dengan murid baru kot. Aku kemas bilik dan check balik bilik sebab takut jika ada kesalahan. Nanti waktu roll call, nama bilik kena panggil. Malas nak naik atas. So, check la bilik awal awal.

Lepas roll call, semua pelajar kena pergi BA. Blok Akademik, wahh bangga aku dengan nama tu. Aku kelas 103. Hem 103? Kelas yang paling aku sayang. Aku taktau kenapa aku macam ada feel ngan kelas tu. Haha. Lawakkk. 03 is the BEST class ever. Eh English broken tahap babun ni. Hahahh. Selangkah je aku masuk dalam kelas, ahh aku dah tau dah, kelas of coz bersepah lepastu bising. Eghh geram nya. Biasa la , kelas paling sporting in our batch. Mende ah aku ni puji kelas sendiri. Wakaka. Harini hari isnin, oh ya. Ada pelajar baru akan masuk ke kelas aku. Wahh tak sabar nak menanti pelajar baru tu. Sebab aku rasa macam ada sesuatu yang menarik dekat budak baru tu. Eh? Tengok muka budak tu pun belum lagi, dah dapat rasa. Apa lah aku ni.. hehehe.

ASPURA & ASPURIWhere stories live. Discover now