BAB 2

132 3 2
                                    

Dia pun duduk di sebelah aku dan membuat muka pelik. "Hai! Nama saya Irfan. Nama awak apa?" kata Irfan. Tetiba je tegur aku. "Oh ya, nama aku Niaa. Nice to meet you" kata aku. "Nice to meet you too" kata Irfan. Bangga gila aku. Orang yang pertama dia kenal ialah aku. Hahaha. Cuma aku rasa tak selesa sikit sebab dulu aku dah biasa dah sembang dengan Ammar, deskmates aku. Tengok tengok deskmates aku Irfan pulak. Mana tak pelik nya. Hemmm.

KRINGGGG KRINGGG

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aku bergegas keluar dari kelas dan berjalan pergi ke cafe. Aku tidak pergi ke DM sebab tiada selera hendak makan di sana. Makanan nya tidak mengenyangkan aku. Bukan tidak bersyukur, tetapi aku mahu juga makan di cafe. Asyik makan di DM saja, lama lama naik muak juga. Hemmm ramainya orang. Susah la aku hendak membeli makanan kalau begini jadinya.

Sewaktu aku hendak mengambil polistrine, tiba tiba ada hamba Allah ni, dia tolak aku and then aku lagi sikit je nak terjatuh. Hendak terjatuh, tetapi dah terlanggar bahu seseorang, macam mana kita nak jatuh. Aku berkata dalam hati, apalah nak jadi, tolak orang semata mata nak ambil polistrine je? suruh la orang ambilkan ke? hem. Dah la aku terlanggar bahu dengan seseorang. Aku tidak ambil kisah dengan langgar bahu tu, aku terus saja mengambil nasi goreng dan blah dari kesesakan orang ramai di situ. Ahhh susah aku hendak bernafas.

Jam sudah menunjukkan 10.30 am. Waktu rehat telah pun tamat. Semua pelajar haruslah masuk ke dalam kelas. Aku duduk di tempatku dan membaca buku. 5 minit berlalu, akhirnya mucul juga deskmates aku ni. Irfan lah. Siapa lagi. Aku pun menegurnya. "Weh Ammar. Eh sorry aku tersasul. Sorry. Irfan, tadi ada tak sesiapa langgar kau waktu kau kat cafe tadi?" kataku. "Haah. Tadi ada yang langgar aku. Kau eh? " kata Irfan. "Haah. Aku la yang langgar kau. Ada orang tolak aku waktu aku nak ambil polistrine. Sorry tau. "kataku. "Hem takpe. Aku tak kisah. Sian kau. Sakit ke? " kata Irfan "Nasib la tak sakit sangat. Cuma rasa macam lebam. Hehe." kataku. Caring jugak si Irfan ni. "Nak saya tengokkkan? " kata Irfan. "Eh, mana boleh. Aurat lah. Kalau nak tengok, kena halal dulu. Haha" kataku. Kiteorang sama sama ketawa. Sporting jugak budak ni.

*****************************************************************************

Yey! This is the last subjek. Hem subjek English. Kena pegi PSP. Pusat Sumber Pembelajaran. Aku mengambil buku daripada locker dan terus bergegas pergi ke PSP. Alamakkk dah lambat 5 minit ni.. Takut teacher marah nanti. Malu seminggu depan senior. Kalau lewat ke PSP, hukuman nya adalah kena marah depan senior yang ada kat dalam PSP. Huwaaa i cannot. Aku menaiki tangga dengan tergopoh gapah. Hahaha.

TUT TUT. Buku aku terjatuh berterabur sebab aku tersadung dekat satu anak tangga ni. Hem malu gila. Sewaktu aku nak kutip buku aku tu, tiba tiba tangan aku dengan tangan Irfan tertouch. And then kiteorang saling berpandangan. Ahh sudahh! waktu tu semua pandang, senior pun pandang. Hem kenapala tetiba tangan kau tu muncul? Egh. Ahh malunya aku waktu tu!! Damia!!!! Help me. Damia kawan rapat aku. Sewaktu kejadian tu, Damia muncul dan berkata "Alahai pasangan kekasih ni, nak bersweet depan orang ramai." kata Damia sambil tersenyum.

Aku gamam. What? Pasangan kekasih? Apa niii!! Bukannya nak tolong, lagi tambah malu aku ada lah. Ahh sudah. Aku sedar dari tadi Irfan buat muka. Aku bingkas bangun lalu mengutip buku, Irfan juga menolongku! Wah bahagia jap. Sejurus itu, aku jalan dan masuk ke dalam PSP. Semenjak daripada tu, satu batch ship aku dengan Irfan. Haihhh. Dah la dia deskmates aku.

ASPURA & ASPURIWhere stories live. Discover now