Bab 1

1.4K 14 0
                                    

“Wahh! Finally aku dah jadi high school student.. yabedabedoo!...” Aku melompat-lompat apabila keluar sahaja dari perut kereta Honda Accord abah. Excited punya pasal sampai dah tak mampu nak fikir apa pandangan orang apabila nampak aku yang dah macam beruk baru masuk bandar. Tapi sebenarnya tak ada orang pun kat situ. Kebetulan. Kalau tak dah lama aku kiok dibelasah mama yang turut terkedu tengok aksi spontan anak dara dia yang tak berapa boleh diterima akal ni.

Aku dengan gigihnya menolong abah keluarkan barang-barang aku dalam bonet kereta. Baik kan aku ni? Tapi sebenarnya mama dah awal-awal paksa aku tolong abah sebab tu semua pun barang-barang aku juga jadi jangan ada hati nak cabut lari kalau tak nak kena maki. Aku dah tersengih-sengih apabila nampak dua tiga orang makcik duduk dekat lobi bakal sekolah aku. Bakallah sebab aku tak daftar dan bayar yuran lagi.

Mama yang memang peramah tak macam anak dara sulung tunggal dia ni pun pergilah tegur-tegur makcik yang tengah berdiri dengan anak perempuan dia yang aku tengok pakai uniform sekolah macam aku. Agaknya bakal kawan baru kot. Jealous juga aku apabila bertentang mata dengan budak tu. Mana taknya? Cun whoa! Nak-nak lagi bila dia pakai jubah biru gelap dengan tudung labuh biru cerah merangkap uniform sekolah aku. Dah sah-sah aku kalah. Tapi bila tengok muka ayu mama aku. Boleh dikatakan mama aku ni cun dan awet muda. Aku senyum tiba-tiba. Agaknya bila aku besar mesti lagi cun daripada budak ni. Hoho.

“Hah, Nawra. Marilah kawan dengan Lia ni. Dia ni satu taman perumahan je dengan kita.” Mama panggil aku. Aku senyum aje sambil bersalam-salaman dengan budak nama Lia dan mak dia. Aku ni bukanlah pendiam pun. Tengoklah nanti seminggu dua. Gerenti bergegar sekolah aku ni. Betapa yakinnya aku. Ceh!

“Nanti kalau nak balik pun boleh tumpang je. Jimat bahan api. Kurang pencemaran udara.” Mama bisik dekat telinga capang aku. Eh, mama kata kalau orang telinga capang ni orang yang cerdik tau. Jangan tak tahu. Aku angguk aje. Apa-apalah mama oi!

Selepas setengah jam menunggu, kaunter pendaftaran pun dibuka. Punyalah berjanggut kitorang tunggu. Ke kitorang yang terlebih semangat datang awal? Entahlah. Aku tak pernah pula semak tarikh dengan masa dekat surat tawaran yang aku dapat. Kalau tak ada mama, memang aku tak bangun pergi first day sekolah la pagi tadi.

Lepas bayar yuran sekolah yang mencecah RM 1500, aku pun angkut segala barangan aku ke dalam asrama. Sekolah aku ni sekolah swasta. Best la jugak. Semua kelas ada aircond. Bilik pun kongsi empat orang je. Punyalah selesa! Lagipun yuran yang mahal tu kena bayar awal tahun je. nanti tiap-tiap bulan aku duduk kat sini free aje sebab aku dapat biasiswa. Siap dapat RM 50 sebagai duit poket tiap-tiap bulan lagi. Siapa tolak memang mereng la namanya. Lagipun sekolah aku ni antara sekolah swasta terbaik dekat Malaysia. Kira bukan senang la nak masuk sini.

Lepas kemas barang letak dalam loker, mama dan abah ajak aku lepak-lepak depan lobi. Adik-adik aku mama tinggalkan dengan makngah sebab semua jenis tak reti duduk diam. Hmm.. tiba-tiba sayu pula rasa hati. Yelah, first time duduk asrama. Entah macam manalah hidup aku nanti.

“Kaklong, mama nak pesan awal-awal. Awak jangan nak buli anak orang kat sini. Jangan suka suki je nak lempang atau belasah anak orang. Mama tak risau awak kena buli tapi mama risau awak yang buli orang.” Mama sungguh-sungguh pesan dekat aku. Aku tersengih. Aku ni tak adalah jahat sangat. Lagipun aku tak akan cari pasal kalau orang tak buat aku. Mungkin adik-adik aku semua lelaki jadi aku kurang feminin.

“Kalau mak orang boleh ke ma?” aku tanya sambil garu-garu kening. Tadi mama sebut anak orang je. Manalah tahu kalau ada pengecualian. Kena tanya betul-betul ni. Karang salah faham pula.

Mama tengok aku macam nak telan. Abah hanya senyum sambil geleng-geleng kepala. Aku pula sambung sengih. Sebelum balik, aku salam dengan dua insan yang dah banyak jasa dengan aku ni. Abah sempat hulur duit belanja. Diorang janji akan jenguk aku selalu jadi aku tabahkan hati bila aku fikir yang aku akan duduk sini sepanjang lima tahun. Oh, my!

Novel: Weirdo!Where stories live. Discover now