Bab 4

501 7 8
                                    

Aku cuba membuka mata. Silau! Perit! Dan akhirnya aku akur. Aku sememangnya tidak berdaya untuk bergerak. Hatta nak membuka mata pun aku dah give up! Tenagaku hilang seakan-akan aku baru lepas mendaki Gunung Kinabalu yang setinggi 4095 meter itu tanpa henti. Sungguh memenatkan!

Srreeettt!!

Aku membuka telinga. Bunyi kerusi yang ditarik itu kedengaran begitu jelas sekali. Pasti orang itu duduk berdekatan dengan aku. Entah siapa aku pun tak tahu. Terasa juga nak skodeng tapi bila memikirkan nasib diri yang penat tak bertenaga, terus aku putus asa. Ceh! Lemah semangat juga aku ni rupanya.

Oklah. Sebenarnya rasa takut pun ada. Mana tahu kalau aku bukak mata nanti bukan manusia yang terpacak depan mata aku? Jadi baik aku tak payah seksa diri bukak mata. Kang menyesal tak sudah kalau ‘benda’ tu bagi salam dekat aku. Tu kira oklah lagi. Kalau dia cekik aku terus, macam mana? Daripada tak larat nak celik terus tak celik-celik nanti. Ish, menggerunkan!

“Nawra, ana minta maaf... kalau ana dengar cakap enti mesti semuanya tak akan jadi macam ni. Mesti enti tak akan terlantar dekat sini. Kalaulah ana cepat bertindak...” Suara Tasha. Nampak macam minah ni tengah sentap je. Pergh! Sayang juga dia dekat aku. Tapi dia memang cengeng pun. Hehe.

“Tasha?” Alamak! Suara Shah. Takkan Tasha dah tahu kot?

“Shah? Awak buat apa kat sini? Aunty Liana mana?” ok, itu maknanya Tasha belum tahu. Mungkin mereka terserempak aje.

“Oh, saya saja datang melawat. Mama... eh, aunty pergi solat sekejap.”

Suasana kembali diam buat beberapa minit. Tapi aku rasa mesti Shah tengah cuak. Perlu ke aku tolong dia? Lagipun dia jadi susah pun sebab aku juga. Kenalah bertanggungjawab kan?

“Apa hubungan awak dengan Nawra?” aiseh, Tasha... sejak bila kau join unit reporter kat sekolah? Kasihan si Shah nak menjawab soalan maut kau. Dahlah mamat tu jenis yang tak pandai menipu.

“Err.. err.. cuma kawan.”

“Betul ke kawan? Apasal saya tengok lain macam je?”

“Kan saya yang tolong dia hari tu? Salahkah saya datang melawat?”

“Salah tu tak. Tapi kenapa ye saya tengok awak dengan Nawra ni lain macam sangat? Selama dua tiga hari ni pun awak tak datang sekolah sebab Nawra kan?”

Ish... tak boleh jadi ni...

“Abang...”

Serentak dengan itu. Aku mendengar bunyi kerusi dilanggar. Nampak sangat semua terkejut dan terus menerpa ke arah aku. Aku gerakkan jari dan kelipkan mata. Nak celik terus memang aku masih tak mampu. Maka, untuk selamatkan keadaan ini jelah yang mampu aku buat.

“Nawra...” suara Tasha.

“Abang...” entah macam mana perkataan itu juga yang aku nak sebut. Mungkin memang aku dah terlebih manja dengan dia.

“Ya, ya... abang ni. Nanti abang panggilkan doktor dengan mama. Sayang tunggu ya.” Ujarnya pantas sambil mengusap-usap kepalaku yang dilitupi tudung. Selepas itu, aku mendengar tapak kakinya berlari keluar. Ades! Kenapalah dia panggil aku sayang? Tak pasal-pasal masalah makin parah. Aku dapat agak yang Tasha tengah terkejut dan keliru sebab suara atau sentuhan dia langsung aku tak dengar dan rasa sejak tadi.

.......................................................................................................................................

“Alhamdulillah, nampaknya keadaan Cik Nawra dah semakin pulih. Saya menjangkakan Cik Nawra dah boleh keluar lusa nanti. Tapi...”

Doktor muda yang kacak itu memandang aku sekilas dengan senyuman di bibirnya yang merah. Ceh! Melampau kau puji dia Nawra. Tak sedar diri betul!

“Cik Nawra kenalah pandai jaga diri. Jangan nakal-nakal. Makan ubat ikut waktu. Barulah boleh discharged cepat.”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 30, 2013 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Novel: Weirdo!Where stories live. Discover now