Noorizan & Noorazman

802 34 8
                                    

Noorizan berjalan sendiri di belakang lorong bangunan yang gelap. Tiba-tiba dia ditegur satu suara dari arah belakang. Dia kenal sangat dengan suara tu. Suara yang sudah lama tidak didengarinya.

"Hai abang. Dah lama Man tak jumpa abang sejak abang bunuh abang long depan mata Man sendiri," dia menghadiahkan senyuman sinis untuk Noorizan.

"Man pun tahu kan yang abang long selalu buli abang. Abang dah tak tahan dah dengan perangai dia tu," Noorizan cuba untuk datang lebih dekat dengan satu satunya adik lelakinya itu.

"Abang jangan dekat dengan Man lagi. Man benci abang. Abang jangan bagi alasan sebab abang long selalu buli abang tu kat Man. Itu tak bermakna abang boleh bunuh dia sesuka hati abang," tempik Noorazman pada abangnya.

"Man, abang minta maaf. Waktu tu abang memang betul betul tak boleh kawal diri abang sendiri. Ye, ye ni semua salah abang. Abang tak boleh kawal kemarahan abang," setitik demi setitik air matanya menitik. Noorizan jatuh terduduk di hadapan adiknya.

"Abang jangan minta maaf dekat Man. Abang sepatutnya pergi minta maaf kat kubur abang long sana. Abang jangan cari Man lagi. Man akan pergi buat selama lamanya dari hidup abang," Noorazman terus berlalu meninggalkan abangnya yang masih menangis di lorong gelap itu.

'Abang long tunggulah. Man akan balas dendam untuk abang long dekat abang,' parut nombor 4 di lengan kirinya diusap perlahan.

THE END

Part kali ni saya tambah watak baru iaitu adik Noorizan. Adik dia ni nak balas dendam untuk abang long dia sebab Noorizan dah lilit abang long dia guna akar sampai mati (boleh rujuk dekat Huruf I : Crystal Ball). Dan adik dia adalah daripada puak nombor. Watak Noorazman ni saya guna Tye Sheridan sebagai cast dia. Sebab dekat dalam X Men Apocalypse Tye Sheridan jadi adik kepada Lucas Till a.k.a cast untuk Noorizan.

Huruf (Special Part) HurufcontestWhere stories live. Discover now