Yuna & Qushairy

422 29 3
                                    

Yuna menangis teresak-esak setelah sedar daripada komanya. Dia diberitahu bahawa semua ahli keluarganya sudah meninggal dunia dalam kemalangan kereta yang dipandu oleh ayahnya. Hanya dia seorang sahaja yang selamat dalam kemalangan tersebut.

"Mak, ayah kenapa tinggalkan Yuna seorang diri? Yuna nak ikut mak ngan ayah juga. Ayah bangun lah. Mak bangun lah. Kenapa semua orang nak tinggalkan Yuna ni?," tangis Yuna sambil jatuh terduduk di atas lantai di antara jenazah ayah dan maknya.

Kerana Yuna tidak mempunyai keluarga atau saudara yang lain, dia terpaksa tinggal di rumah anak yatim.

"Yuna saya harap awak dapat sesuaikan diri awak di sini. Kalau awak nak apa-apa awak minta sahaja dekat saya," kata penjaga rumah anak yatim itu sambil memegang bahu Yuna seolah-olah memberikan kekuatan kepada Yuna supaya tabah dalam menghadapi dugaan.

Selepas Yuna meletakkan semua barang kepunyaannya di dalam bilik, dia terus keluar ke halaman belakang rumah anak yatim itu. Dia ingin menghirup udara segar. Dia terus duduk di atas sebuah bangku yang disediakan di situ.

"Hoii kau ni budak baru dekat sini kan?," jerkah satu suara di belakang Yuna. "Apa nama kau?," perempuan itu menunjal-nunjal kepala Yuna. "Hoii kau pekak ke?," jerit kawan perempuan itu pula. Yuna hanya diam dan tidak mahu menjawab. Dia sangka kalau dia tidak layan perempuan-perempuan itu, mereka akan bosan dengannya dan akan berhenti mengacau dirinya lagi.

Tetapi sangkaan Yuna meleset. Mereka bukannya pergi tinggalkan dia malah mereka menjadi geram kerana Yuna tidak menjawab soalannya lalu salah seorang daripada mereka menarik rambut Yuna kasar.

"Aduh aduh sakitlah. Lepaskan saya," rayu Yuna kepada perempuan-perempuan itu. Walaupun mereka kelihatan sebaya Yuna tetapi Yuna tidak berani untuk melawan dengannya. "Itulah aku tanya baik baik kau tak nak jawab. Sekarang rasalah padahnya," kata ketua mereka lalu mengambil sebatang kayu berdekatan dengannya.

"Hoii berhenti," jerit satu suara dari tingkat atas rumah anak yatim itu. "Apa kau orang buat dengan budak baru tu Iffa?," marah seorang lelaki daripada tingkap biliknya. Ohh nama ketua mereka ini Iffa. Perangai dia tak secantik namanya.

"Kau nak sibuk apasal Qushairy? Selama ni aku buli budak lain kau tak marah pun. Sekarang ni kau nak tunjuk herolah depan perempuan ni," balas Iffa. "Aku dah tak tahan dengan perangai kau. Selama ni aku diamkan sahaja tapi sekarang kau dah semakin melampau," jerit lelaki itu. "Sekarang ni kau lepaskan dia," sambung lelaki itu.

"Hmm kalau kau nak meh lah datang sini. Tu pun kalau kau cepat turun. Kalau kau lambat kau tahulah nasib budak ni," cabar Iffa sambil menjengilkan matanya pada Qushairy. Qushairy terus menutup tingkapnya. Dia terus berlari laju menuruni anak tangga. Baru sahaja dia ingin membuka pintu halaman belakang dia terdengar bunyi seperti orang kena pukul dan berserta iringan ketawa daripada kawan-kawan Iffa. Qushairy mempercepat langkahnya menuju ke halaman belakang.

Kelihatan Yuna sudah terbaring lemah di tepi pokok. Qushairy terus berlari selaju mungkin untuk menghalang pukulan pukulan daripada Iffa daripada terkena pada Yuna. Dia terus memeluk Yuna bagi melindungi gadis itu daripada terkena pukulan lagi. "Ohhh kau nak kena pukul juga eh? Okey aku bagi," Iffa terus memukul belakang Qushairy sampai dia puas dan meninggalkan Yuna dan Qushairy berduaan di situ.

"Awak okey tak?,"tanya Yuna perlahan kepada Qushairy. "Saya okey. Awak jangan risau," balas Qushairy sambil cuba untuk tersenyum. "Badan awak dah lebam dah ni. Ini semua salah saya. Saya minta maaf," kata Yuna sambil memerhatikan anak mata Qushairy yang berwarna coklat. "Awak nak ikut saya tak?," tanya Qushairy. "Pergi mana?," tanya Yuna sangsi. "Kita lari dari rumah anak yatim ni," kata Qushairy nekad.

"Biar betul awak ni?," terkejut Yuna dengan cadangan Qushairy itu. "Terserah pada awak lah. Kalau awak nak hidup dalam keadaan macam ni, awak tinggallah dekat sini," kata Qushairy. "Baiklah saya ikut awak," kata Yuna memberikan kata putus.

THE END

Okey done. Sorry lah kalau tak best. Idea saya dah kering dah ni maklumlah cuti sekolah dah nak habis. Saya tak de mood nak gi sekolah. Rasa macam nak cuti seminggu lagi.

Huruf (Special Part) HurufcontestWhere stories live. Discover now