17

5.8K 931 252
                                    

Jungkook ;

Aku bangun dari katil aku. Mata aku kemerahan dan kepalaku terasa berat gila nak bangun.

Ni semua sebab hal semalam.

Flashback;

"Jungkook! Ade seseorang nak jumpa kamu. Ianya yeoja." kata omma pada pintu bilikku.

"bagi lima minit jap omma.. Kook penat. Nak tido lagi."

"Jungkook sayang, Cepatlah. Tak baik buat orang tertunggu tau." kata omma. Aku hanya merengus.

Sapa lak yeoja nak jumpa aku pepagi buta ni? Duh, penat lah nak bangun.

Eh, jap.. Yeoja?

Raehee ke?

Aku tersenyum. Mesti Raehee,sapa lagi Yeoja yang nak jumpa aku pepagi buta ni.

Aku dengan pantas terus masuk kedalam bilik air aku dan bersiap-siap. Selepas beberapa minit membersihkan badanku, aku menyarungkan baju fav aku.

Minda aku hanya membayangkan Raehee. Senyuman dia yang bakal membuat aku cair sebentar lagi.

Aku membuka pintu bilikku lalu meluru kedapur dimana Omma berada.

"mana dia, omma?" soal aku. Senyuman aku melebar.

"Diruang tamu," kata Omma. Aku memusingkan badanku menghadap keruang tamu.

Aku ternampak Seorang Yeoja duduk berbual dengan Jungrae.

Jap, Jungrae dah berbaik dengan Raehee? Bagus.

Aku meluru kearah Raehee.

Aku menepuk bahunya. "Raehee-ah~"

Yeoja itu menoleh. Serta merta senyuman aku mati.

Bukan Raehee, tapi Hayeon.

Aku terus menjauhi Hayeon. "Apa kau buat dekat umah aku ha? Kau balik skang!"

"Jungkook, aku nak bercakap sesuatu perkara dengan kau. Please."

"Takde apa yang aku nak dengar dari mulut kau lah. Kau keluar sekarang." kata aku lagi.

"oppa! Dia unnie Jungie! Sampai hati Oppa Halau dia!" kata Jungrae memback up Hayeon. Hayeon tersenyum puas.

"Unnie? Kalau dia ni unnie Jungrae, jadi Jungrae bukan lagi dongsaeng oppa." kata aku. Mata aku merenung tajam pada Jungrae. Jungrae terdiam.

"Jungrae tak payah nak masuk campur urusan oppa. Pergi masuk bilik sana!" tengking aku.

Mata Jungrae berkaca. Dia lantas terus mengatur langkah kebiliknya.

"Kau, ikut aku."

+ + +

"apa kau nak cakap?" soal aku. Hayeon yang sedang menghirup Coffee espresso nya itu terhenti.

busmate. Where stories live. Discover now