37

5K 837 373
                                    

Jungkook ;

Aku memasukkan barang aku kedalam beg galas aku. Macbook, PC. Semuanya aku dah masukkan kedalam kotak.

Aku ternampak iphone aku yang terletak kemas atas meja belajar aku.

Patut ke aku bagitahu Raehee yang aku akan pindah harini?

Tapi, aku taknak dia sedih.

Lebih baik dia tak tahu.

Aku mengeluh. Aku menutup kotak aku itu. Dan sekali lagi aku memandang iphone aku itu.

Aku kena bagitahu dia.

Aku mencapai iphone aku lalu membuka peti mesej aku dan Raehee.

To : Raehee💞

Raehee, ;

Aku mintak maaf Raehee. ;

Aku kena pindah. ;

Bye. ;

Aku merenung mesej itu seketika. Raehee ni balas cepat kalau orang mesej dia.

Tapi, setelah beberapa minit aku tunggu, masih lagi takde jawapan darinya.

"Jungkook-ah! Dah siap?" Soal omma yang sedang berdiri di daun pintu bilikku.

"Ah, naee..! Dah siap dah." Kata aku.

"Tunggu apa lagi? Lori kat luar tu dah tunggu. Kkaja." kata omma. Aku mengangguk.

Aku mencapai iphone aku lalu mengatur langkah keluar dari bilikku.

+ + +

"Omma, kita nak pindah kemana?" Soal aku. Omma yang sedang membelek iphonenya terhenti.

"Japan,"

"Mwo? Kenapa jauh?" Soal aku.

"Untuk keselamatan kita, sayang. " kata omma sambik mengusap rambut aku. Aku mengeluh.

Aku membuka peti mesej antara aku dan Raehee.

Tiada balasan lagi.

Aku mengeluh. Kenapa Raehee tak balas lagi? Dia tak pernah balas mesej lewat.

Aku mula risau.

"Perhatian pada semua penumpang yang menaiki pesawat ke Jepun ××× sila berada di pintu masuk pesawat, pesawat akan bertolak 30 minit sekejap lagi. Terima kasih."

"Ah, omma, pesawat kita akan bertolak 30 minit kejap lagi. Jom pergi ke pintu masuk pesawat!" Kata Jungrae dengan gembira.

"Baiklah, Jungrae. Jom, Jungkook." Kata Omma. Aku memgangguk.

Raehee pasti marah dekat aku sangat sampaikan dia taknak balas mesej aku.

Omma, aku dan Jungrae beratur untuk masuk kedalam pesawat. Secara tetiba, iphone aku berdering.

busmate. Where stories live. Discover now