Pada suatu ketika dahulu,ada seorang Raja dan permaisuri yang mempunyai seorang puteri bernama Ingoborg dan seorang putera bernama Ring.
Putera Ring tidak mempunyai apa-apa kehandalan atau sebarang minat dalam pengembaraan.Pada suatu hari ketika berumur dua belas tahun, Putera Ring berkuda ke hutan bersama pengawal-pengawal untuk bersiar-siar.Mereka masuk agak jauh hingga terserempak dengan seekor rusa yang memakai cincin emas pada tanduknya.
Apabila timbul perasaan ingin menangkap rusa itu,Putera Ring mengejar haiwan tersebut diikuti semua pengawal hingga kuda-kuda tunggangan mereka keletihan.Tiba-tiba persekitaran menjadi gelap dan rusa itu hilang daripada pandangan mereka.
Putera Ring dan pengawal-pengawalnya memutuskan untuk bergerak secara berkumpulan dalam usaha mencari jalan pulang,malangnya mereka mengikut jalan yang berlainan. Putera Ring pula tersesat keseorangan dan merayau-rayau di dalam hutan hingga tiba di sebuah kawasan lapang di tengah-tengah hutan itu yang terdapat seorang wanita sedang duduk di atas kerusi di sisi tong besar.
Putera Ring menyapa wanita itu dengan sopan dan wanita itu menyambut kedatangannya dengan mesra.Putera Ring melihat ke dalam tong besar tersebut dan mendapati sebentuk cincin emas yang sangat cantik di dasar tong itu. Dia memerhati cincin itu dengan penuh minat dan wanita itu berkata,jika Putera Ring sanggup berusaha,cincin itu akan menjadi miliknya.
Putera Ring mengucapkan terima kasih kepada wanita itu lalu membongkok ke dalam tong untuk mencapai cincin tersebut. Ketika Putera Ring membongkok,wanita itu menolaknya ke dalam tong lalu berkata,"Sekarang,kamu akan tinggal di dalam tong selama-lamanya." Wanita itu pun menutup tong tersebut dan mencampak tong itu ke laut.
Putera Ring dapat merasakan tong tersebut bergerak mengikut alunan ombak.Dia tidak dapat menjangka berapa hari sudah berlalu sehingga pada suatu hari tong itu terhentak pada batu.Dia merasakan bahawa kini kedudukannya berhampiran dengan pantai lalu bertindak menendang dasar tong sehingga tercabut.
Akhirnya Putera Ring berjaya keluar lalu berenang ke arah pantai yang merupakan tebing-tebing tinggi.Dia berjaya mendaki tebing tinggi tersebut hingga ke puncak lalu melihat ke sekeliling,rupa-rupanya dia berada di sebuah pulau yang dilitupi hutan dan pokok-pokok epal.
Setelah beberapa hari berlalu, kedengaran bunyi bising yang menyebabkan Putera Ring lari menyembunyikan diri di antara pokok-pokok.Kemudian muncul seorang gergasi sedang mengheret sebuah kereta luncur yang dipenuhi kayu menuju ke arahnya.Putera Ring membantu dan gergasi tersebut berdiri melihatnya beberapa ketika lalu mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah.
Gergasi itu berkata kepada isterinya,"Saya terjumpa budak ini di dalam hutan.Dia tentu boleh membantu kamu di rumah."
Isteri gergasi itu berasa sangat gembira dan menjaga budak itu dengan baik sekali.Putera Ring berasa gembira tinggal dengan pasangan suami isteri itu malahan dia sanggup melakukan segala suruhan.
Pada suatu hari,gergasi itu menunjuk kepada Putera Ring semua bilik kecuali bilik tamu. Sikap gergasi itu menyebabkan Putera Ring ingin tahu apa yang terdapat di dalam bilik tersebut. Pada suatu hari apabila gergasi itu keluar ke hutan,Putera Ring cuba memasuki bilik misteri itu.
Ketika pintu bilik terbuka, seekor anjing berlari ke arah Putera Ring sambil berkata, "Pilihlah saya,Putera Ring." Dengan perasaan takut melihat kejadian itu,Putera Ring terus menutup pintu bilik itu.
Tidak berapa lama kemudian, gergasi itu berkata dia akan membawa Putera Ring ke tanah besar kerana menyedari dirinya akan mati tidak lama lagi.
Gergasi itu berkata lagi, "Untuk membalas jasa kamu yang cemerlang pilihlah mana-mana hartaku."
YOU ARE READING
Himpunan Kisah Dongeng
AléatoireHimpunan Kisah Dongeng merupakan buku saya yang kedua dan saya memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan pada buku ini. Harap anda semua boleh support buku ini dan jangan lupa untuk vote sekali. Terima kasih kepada sesiapa yang s...