Cerita 2

753 4 0
                                    

Pada zaman dahulu ada seorang gadis yang sangat cantik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak.Ibu tirinya itu sangat garang.Begitu juga dengan kedua orang kakak tirinya.Ayahnya pula selalu keluar bandar untuk berdagang.

Setiap hari dia diperintahkan oleh ibu tiri dan kedua-dua orang kakak tirinya supaya membuat kerja rumah. Cinderella berasa amat sedih mengenangkan nasib yang melanda dirinya.Tiada tempat untuknya mengadu.

Wajahnya yang cantik itu menjadi comot kerana terlalu banyak membuat kerja dan tidak sempat hendak mengemaskan dirinya.Sedangkan kedua-dua orang kakak tirinya itu hanya tahu bersolek berpakaian cantik dan berjalan-jalan.Kerana pakaian dan wajahnya yang sentiasa comot itu,kedua-dua orang kakaknya memanggil dia Cinderella.

Pada suatu hari putera raja telah membuat pengumuman tentang majlis tari-menari di istana. Semua gadis di dalam negeri itu dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.Kakak-kakak tiri Cinderella yang hodoh itu mengambil keputusan untuk  menyertai majlis itu.

Oleh kerana mereka tiada baju yang cantik ibu tiri mereka mengarahkan Cinderella supaya  menjahit baju baru untuk kedua-dua orang kakak tirinya itu. Kedua-dua helai baju kakaknya itu dijahit sendiri oleh Cinderella.Setelah baju itu siap kedua-dua orang kakaknya saling bertekak mengatakan bahawa merekalah yang paling cantik.

"Aku akan memakai baju baldu berwarna merah dengan manik-manik yang cantik.Aku juga akan memakai rantai mutiara yang berwarna putih.Tentu aku akan kelihatan sungguh cantik."

"Baju aku lebih cantik dari baju engkau!" kata kakak tirinya yang kedua."Bajuku dipenuhi dengan labuci dan manik.Rantai leherku zamrud berwarna hijau.Sudah tentu aku lebih cantik daripada kau dan dapat menawan hati putera raja!" "Kau tak akan dapat berkahwin dengan putera raja" kata kakak tirinya itu sambil tertawa kepada Cinderella.

Cinderella merasa sedih mendengar kata-kata kakak tirinya itu.Kedua-dua orang kakak tirinya itu tergesa-gesa pergi sambil terus sambil mentertawakan Cinderella. Setelah kedua-dua orang kakak tiri dan ibu tirinya pergi Cinderella duduk sendirian di dapur.Dia menangis mengenang nasibnya yang malang.Tiba-tiba dia terkejut kerana melihat sebutir cahaya berkelip-kelip tidak jauh darinya.Dari cahaya yang semakin membesar itu keluar seorang pari-pari yang cantik.

"Siapakah kau? Dari manakah kau datang?" tanya Cinderella sambil mengesat air matanya.

"Aku adalah pari-pari pengasuh kau" jawab pari-pari yang cantik itu."Sekarang beritahu aku adakah kau ingin pergi ke majlis putera raja di istana?"

"Ya aku sangat ingin pergi ke majlis itu" jawab Cinderella. "Aku ingin bertemu dengan putera raja."

"Aku boleh tunaikan permintaan kau itu" jawab pari-pari itu lagi.Tapi ada syarat-syaratnya.Kau harus buat apa yang aku suruh."

"Baiklah" jawab Cinderella bersetuju.

"Mula-mula pergi ke kebun dan ambil buah labu yang paling besar" kata pari-pari itu. Cinderella terus berlari masuk ke dalam kebun lalu mengambil labu yang paling besar.Dia segera membawa labu itu masuk ke dalam taman.Pari-pari itu menyentuh labu itu dengan tongkat sakti.Tiba-tiba sesuatu yang ajaib pun berlaku.Labu itu menjadi kereta kuda yang cantik dan besar.Didalamnya terdapat kerusi baldu yang cantik dihiasi langsir yang bewarna keemasan.

Cinderella memandang kereta kuda itu dengan rasa takjub dan kagum.

"Sekarang bawakan aku enam ekor tikus" kata pari-pari itu lagi.Cinderella segera masuk ke dapur.Dia mencari dibawah dapur dan dibelakang pintu. Tidak lama kemudian dia pun membawa enam ekor tikus di depan pari-pari itu.Tikus itu telah ditukarkan oleh pari-pari menjadi enam ekor kuda yang akan menarik kereta kuda itu.

Himpunan Kisah DongengWhere stories live. Discover now