terus menunggu

38 2 0
                                    

12 Apr 2016

hendak dikatakan aku sudah tak waras, aku masih waras. hendak dikatakan aku bodoh, mungkin ada sedikit kebodohan. sudah menjadi rutin harian aku untuk menunggu reply dari seseorang berjam jam. kadangkala tak terbalas text aku. tapi aku masih pilih untuk menunggu dengan penuh kesabaran. ada marah, ada merajuk. tapi aku tetap setia untuk menunggu reply text tersebut walaupun terpaksa menunggu berjam-jam

bila terbalasnya text tersebut, hilang segala perasaan marah dan merajuk. ya. tetap memaafkan. sanggup menunggu. walaupun sampai lewat malam, aku tetap tunggu. kalau belum tertidur, setia aku membalas. kalau mengantuk sekalipun, aku tahan. ada selisih faham, aku cuba sedaya upaya nak jernihkan balik keadaan

pedih jugak melihat diri sendiri berkelakuan sebegitu. setia kepada yang tak pasti. akal dan minda sudah berulangkali katakan lepaskan semuanya tapi hati tetap memberontak degil kata tak nak

kenapa?

dengan tiga kata ;

sebab dah sayang

hebat dengan kata sayang ni. mengikat segala isi hati untuk terus melangkah pergi. kadang, kecik hati sampai menangis tu dah jadi perkara biasa. text tak tereply, tercari cari aku mana salah silapnya. kadang, seolah tiada harga. kadang, seolah aku tidak pernah wujud pun untuk dia. aku tak tahu tempat mana aku patut berdiri sebenarnya

'online. tapi text tak tereply. hehhh! sabarlah hati'

ada kalanya, layanannya teramat istimewa sehingga timbulkan rasa yakin aku padanya. sehingga aku mahu bina hidup bersama

ada kalanya, layanannya seolah olah aku tiada makna baginya lagi. pedih itu tak terkata

*

ditanya, kenapa bodoh sangat kau tak move on?

dengan tiga kata ;

sebab dah sayang

diminta pada aku ;

"jangan cepat give up dengan dirinya"

"jangan ignore. jangan tinggal"

**

mudah sangat aku jatuh pada ayat

mudah sangat aku jatuh pada janji

sekarang, mulai hari ini, saat ini, segalanya aku serahkan pada Allah. puas aku minta pada-NYA setiap malam untuk panjangkan hubungan kami berdua. puas aku rayu untuk kekalkan perasaan sayang dalam hati kami berdua

andaikata, terpaksa kembali menjadi stranger, aku okay. andaikata Allah dah letak noktah, maka aku perlu henti meletakkan tanda tanya mengapa

semuanya aku hanya yang beria seorang diri. over. gedik.

sayang,
orang dah letih.


sayangWhere stories live. Discover now